Outside the Wire (2021) – Filem Aksi yang Sedikit Mengelirukan [Review]

Bulan lepas, admin telah terserempak dengan satu iklan Netflix mengenai sebuah filem bertajuk Outside the Wire. Ia menarik minat admin kerana dilakonkan Anthony Mackie dan menampilkan tema robotik perang. Kini, filem tersebut telah mula ditayangkan di platform berkenaan dan admin berkesempatan menontonnya baru-baru ini.

Outside the Wire
OUTSIDE THE WIRE, Damson Idris sebagai Harp, ​Anthony Mackie ​sebagai ​Leo, dalam OUTSIDE THE WIRE. Cr. ​Jonathan Prime​/NETFLIX ​© ​2020

Outside the Wire – Filem Aksi yang Sedikit Mengelirukan [Review]

Outside the Wire berlangsung dalam tahun 2030an di mana Amerika terlibat dalam peperangan di Ukraine. Ia mengisahkan Lt. Thomas Harp, seorang pemandu dron tentera Amerika yang telah melanggar arahan pegawai atasannya dalam satu pertempuran, di mana beliau telah menembak peluru berpandu untuk memusnahkan satu kereta perisai yang dipercayainya mempunyai pelancar roket dan membahayakan pasukan tentera di darat yang sedang bertempur. Ini menyebabkan 2 daripada 40 orang anggota pasukan tentera itu mati.

Sebagai denda, beliau diarahkan menyertai pasukan darat di Ukraine untuk menjalani misi rahsia di bawah arahan Captain Leo, yang sebenarnya seorang android buatan manusia yang berkelakuan 100% seperti manusia. Dapatkah mereka menjalani misi mereka dengan jayaanya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Secara keseluruhan tema filem ini memang agak menarik. Memaparkan penggunaan robot dalam peperangan. Malah robot yang direka juga menarik, terutamanya robot buatan Russia yang mempunyai pelbagai senjata berlainan dan bersaiz lebih besar dari robot buatan Amerika. Babak-babak aksinya juga mendebarkan dan koreografi berlawannya memang terbaik.Pendek kata dari segi visual, lakonan dan koreografi, filem ini memang bagus.

Namun masalah yang ada pada filem ini dan mengelirukan admin ialah dari segi rekaan karekter, jalan cerita dan konsep plotnya secara keseluruhan. Pertama, Lt. Harp tak menggambarkan langsung seorang anggota tentera. Beliau seolah tidak pernah dilatih untuk menghormati pegawai atasan dan tiada disiplin seorang anggota tentera. Seolah-olah beliau telah diambil terus dari barisan juara liga e-Sports. Dalam filem ini juga Captain Leo berpangkat lebih tinggi dari Lt. Harp. Namun mereka seolah mempunyai konsep pangkat yang mengelirukan kerana Lt. Harp mempunyai autoriti terhadap Captian Leo. Dengan kata lain kedua-dua orang ini merupakan boss kepada pegawai yang satu lagi.

Outside the Wire

Kemudian, hero filem ini adalah orang jahat dan orang jahat dalam filem ini adalah pelakon tambahan. Keliru tak? Nanti apabila anda menonton filem ini anda akan faham.

Akhir sekali, setelah semua diambil kira, Tema filem ini agak sama dengan beberapa filem bertemakan AI, iaitu, manusia adalah masalah utama dunia dan manusia harus dihapuskan. Cuma ia memberi satu putaran sedikit kepada plotnya dengan mengesahkan bahawa Amerika merupakan punca utama peperangan dengan melancarkan peperang sesuka hatinya bagi mnjalankan agendanya dan oleh sebab inilah keseluruhan konsep jalan cerita ini mengelirukan bagi admin.

Kerana di satu pihak, admin bersetuju dengan watak jahat dalam filem ini mengatakan bahawa Amerika menjadi punca kepada banyak peperangan (walaupun admin tidak bersetuju dengan cara penyelesaiannya). Tetapi, pada akhirnya status quo yang diperjuangkan “hero” filem ini yang menang di penghujungnya. Admin berharap terdapat teori konspirasi di kalangan pihak atasan tentera yang mempunyai agenda tersirat atau hendak menyorokkan sesuatu, tetapi tidak. Bermakna memang pihak tentera, mengikut jalan cerita filem ini adalah pihak yang baik yang “ikhlas ingin memperjuangkan kedamaian”. Tiada teori konspirasi. Ini secara langsung menyebabkan admin kecewa dengan plot dan jalan ceritanya.

Jadi, jika anda peminat aksi dan teknologi, filem ini memang akan menepati citarasa anda. Tetapi, jika anda jenis yang lebih mendalami jalan cerita dan moral di sebalik jalan cerita itu, anda akan agak kecewa.

Outside the Wire

Positif vs Negatif

Positif

  • Aksi dan koreografi yang mendebarkan
  • CGI yang berkualiti

Negatif

  • Moral di sebalik jalan ceritanya agak mengelirukan
  • Peranan watak-watak utama yang mengelirukan

Outside the WirePenilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –6/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *