The Interview [Review]

The Interview adalah filem kontroversi yang telah ditarik dari tayangan kerana ugutan dari Korea Utara yang dikatakan akan mengebom panggung wayang yang menyiarkan filem ini. Akibatnya hanya segelintir panggung wayang yang mahu menayangkannya kerana takut kepada ugutan tersebut. Apapun kami telah mengambil langkah “alternatif” untuk menonton filem komedi ini.

James Franco

The Interview [Review]

Filem The Interview berkisar mengenai Dave Skylark dan produsernya Aaron Rapoport yang menjalankan rancangan TV Skylark Tonight yang menemuramah artis terkenal. Aaron teringin melakukan sesuatu yang lebih memberi impak kepada penonton berbanding menemuramah selebriti. Oleh itu Dave yang mendapat tahu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, merupakan peminat rancangannya, mencadangkan kepada Aaron supaya membuat rancangan khas dengan menemuramah diktator itu.

Setelah CIA mendapat tahu mengenai rancangan ini mereka telah meminta dua sahabat itu untuk bekerjasama dalam plot untuk membunuh diktator tersebut.

the-interview-james-franco-10

Jalan Cerita

Memandangkan filem ini merupakan sebuah komedi, ia dipenuhi pelbagai lawak yang agak mengarut dan dalam sesetengah contoh, agak lucah. Jalan ceritanya agak ringkas dan tiada babak yang berat. Cuma ia mempermainkan pemimpin Korea Utara itu dengan menampilkannya sebagai seorang yang kesepian dan mempunyai masalah peribadi dengan bapanya.

Jika anda tidak mengambil serious filem ini, anda pasti akan terhibur dengan filem ini memandangkan ia bukanlah begitu ekstrim dalam kutukannya terhadap Kim Jong Un. Tambahan pula dikhabarkan sebenarnya watak jahat dalam skrip asal sebenarnya bukan Kim Jong Un, tetapi watak fiksyenal dari negara fiksyenal dan jika dilihat filem ini secara keseluruhan, khabar itu memang masuk akal.

interview_a

Lakonan

Pertama sekali, watak Dave sememangnya menjengkelkan. Beliau jelas sekali tidak sesuai membawa watak penemuramah kerana terlalu “over-acting”. Sebahagian watak-watak dalam filem ini juga tidak dilakonkan dengan baik, terutamanya watak pegawai tentera Korea Utara. Malah pegawai wanita Korea Utara bernama Sook juga tidak realistik memandangkan dia terlalu berfikiran terbuka berbanding orang Korea Utara biasa.

Kesimpulan

Positif

  • Menghiburkan jika tidak diambil terlalu serious.
  • Sebenarnya tidaklah begitu ofensif seperti digambarkan.

Negetif

  • Tidak begitu menggambarkan situasi Korea Utara yang sebenar.
  • Lakonan Dave yang terlampau.

Sebenarnya, filem ini tidaklah offensif seperti digambar-gemburkan, malah jika digantikan watak Kim Jong Un dengan watak fiksyenal, filem ini tetapi akan menghiburkan. Mungkin menukarkan watak jahat kepada Kim Jong Un adalah sebagai satu gimik publisiti. Samada gimik atau tidak filem yang telah ditayangkan secara online melalui PSN (Playstation Network) ini telah berjaya mengutip sebanyak USD15 juta.

Tetapi dalam dunia Holywood, USD 15 juta itu satu nilai yang rendah. Namun jika di ambil kira kos promosi yang telah dijimatkan hasil daripada hype yang ditimbulkannya, mungkin angka ini berbaloi. Apa pun, tidak rugi menonton filem yang menghiburkan ini.

,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

4 thoughts on “The Interview [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *