Alien Romulus [Review]

Alien Romulus adalah satu filem spin-off dari francais Alien yang berlangsung selepas kejadian-kejadian yang berlaku dalam filem Alien asal. Ia mengisahkan sekumpulan pemuda-pemudi dari sebuah koloni Weyland Yutani yang sudah bosan dengan kehidupan sebagai hamba perlombongan. Mereka merancang mencuri pod cryo dari sebuah stesen angkasa yang ditinggalkan. Malangnya semuanya tidak belaku mengikut perancangan. Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Alien Romulus

Alien Romulus [Review]

Sebelum menonton filem Alien Romulus, ada baiknya anda menonton semula filem Ailen asal yang disiarkan di Disney Hotstar untuk mengingat kembali kejadian yang berlaku dalam filem asal itu.

Filem ini ternyata mengulaingi formula filem asal Alien dengan sungguh berkesan. Struktur ceritanya lebih kurang sama dan perasaan mendebarkan ketika menontonnya pun menggambarkan apa yang dialami penonton filem asal. Malah rekaan peralatan, teknologi dan rekaan dunia dalam filem Romulus ini selari dengan filem asal.

Penggunaan gabungan efek praktikal dan CGI juga menambahkan realism filem ini, sama seperti filem asal yang menggunakan efek praktikal. Watak-wataknya juga dibawa dengan penuh berkesan dan pembinaan karakter juga baik, terutamanya watak android bernama Andy yang berubah-watak beberapa kali dalam filem ini.

Alien Romulus

Tema dan jalan ceritanya tidak lari banyak dari filem-filem Alien yang asal. Ada unsur menyorok dari alien, ketidakpercayaan kepada android, dan plot twist di penghujung yang boleh dijangka kepada penonton filem-filem asal.

Secara keseluruhan ia sebuah filem sci-fi seram yang menarik untuk ditonton. Ia tidak sama dengan filem Prometheus dan Covenent, jadi jika anda tidak sukar dua filem tersebut, jangan risau, filem ini berlainan dan lebih ringakas dan menarik dari filem-filem prequel itu. Anda pasti sukakan filem ini.

Penilaian: 8/10

IMDB 

,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *