Deadpool & Wolverine [Review]

Dengan penurunan minat penonton terhadap filem adiwira Marvel, filem terbaharu dari mereka, Deadpool & Wolverine merupakan satu filem yang diharapkan dapat menjadi penyelamat Marvel. Dapatkah ia menyamai harapan peminat?

*Disclaimer: Memandangkan Disney merupakan salah sebuah syarikat yang dalam senarai boikot berikutan genos1d yang berlaku di Palestin, kami menyerahkan pilihan untuk menonton atau tidak filem ini sepeuhnya kepada anda.

Deadpool & Wolverine [Review]

Deadpool & Wolverine mengisahkan Deadpool yang telah bersara dari menjadi anti-hero dan bekerja sebagai serang jurujual. Walaubagaimanapun, beliau masih menyimpan harapan untuk kembali menjadi wira penyelamat seperti dulu. Satu hari, beliau diculik oleh pihak TVA (Time Varians Authority) secara tiba-tiba.

Mr Paradox, seorang pegawai TVA mengatakan beliau mahu merekrut Deadpool untuk satu misi khas. Tetapi rupa-rupanya beliau ingin memusnahkan dunia timeline Deadpool kerana dunia di mana Deadpoo hidup telah kehilangan Logan (Wolverine). Deadpool memberotak dan berazam untuk menyelamatkan dunianya. Tetapi perkara pertama beliau perlu lakukan ialah untuk mencari Logan yang hidup di multiverse. Berjayakah beliau menyelamatkan dunia? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Deadpool & Wolverine

Review

Perkara pertama yang anda perlu tahu mengenai filem Deadpool & Wolverine ialah gaya penceritaannya yang super chill dan selumber mempermainkan tindakan-tindakan 20th Century Fox dan Disney setelah Disney mengambil alih syarikat tersebut. Ia memang satu aspek filem ini yang lucu dan menghiburkan.

Filem ini juga menyertakan cameo-cameo berprofil tinggi dari filem-filem yang kurang popular atau yang dilupakan dan mengintegrasikan watak-watak tersebut dalam jalan ceritanya. Kiranya cameo-cameo tersebut adalah penting kepada jalan cerita dan bukan sekadar “tunjuk muka”.

Sememangnya filem ini tidak henti menghiburkan penontonnya dengan aksi lucu dan jalan cerita dan cameo yang mengejutkan. Jika anda peminat Marvel jangka panjang dan belum menonton filem ini, cameo-cameo dan parodi yang ditampilkan pasti menghiburkan anda dan membuatkan anda tidak kering gusi.

Watak Deadpool & Wolverine juga dilihat sangat serasi kali ini. Memandangkan kedua-duanya “kebal” iaitu mereka boleh menyembuhkan diri dari sebarang kecederaan, tak kira apa juga pergaduhan mereka, ia tetap sangat melucukan.

Deadpool & Wolverine

Memandangkan kami tidak lagi mahu memberikan spoiler filem ini, cukuplah kami katakan filem ini sangat menghiburkan. Namun, seperti diawal post ini kami menyerahkan kepada anda sendiri untuk membuat pilihan samda ingin atau tidak menonton filem ini.

Saya berikan 8/10 bintang untuk filem ini

IMDB

RottenTomatos

 

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *