Sepertimana anda ketahui dengan tersiarnya Ruroni Kenshin The Final, filem yang akan menyusul di Netflix adalah Rurouni Kenshin The Beginning. Admin sempat menonton filem ini dan berikut merupakan pendapat admin mengenainya.
Rurouni Kenshin The Beginning – Bagaimana Semuanya Bermula [Review]
Rurouni Kenshin The Beginning mengisahkan permulaan kehidupan Himura Kenshin yang menjadi pembunuh bagi pihak patriot penentang sistem Shogun yang ingin mengankatkan semula pemerintahan Maharaja Jepun dan menjadi tunjang di sebalik “Meiji Restoration”. Beliau menjadi pembunuh upahan sejak berumur 14 tahun sehingga 19 tahun.
Filem ini mengisahkan perjalanan hidupnya setelah mula menjadi pembunuh sehingga kejayaan Meiji Restoration di mana beliau bverhenti membunuh dan menjadi pengembara aman. Tontonlah filem ini untuk mengetahui kisahnya.
Review
Tidak banyak admin mahu katakan mengenai filem asal-usul Rurouni Kenshin The Beginning. Sebenarnya jalan cerita secara umumnya telahpun diceritakan oleh Kenshin dalam filem The Final dan filem The Beginning boleh dianggap sebagai “penerangan penuh” mengenai apa yang diceritakannya itu. Apa yang diceritakan dalam filem The Final sudah cukup untuk penonton mengetahui kisah Kenshin dan isterinya Tomoe dan dengan menonton The Beginning tidak akan banyak menambah dari segi pengetahuan penonton mengenai zaman gelap Kenshin itu. Malah banyak babak yang diambil dan diulang semula dari filem Kenshin yang lain.
Sungguhpun demikian, jika anda seorang yang menghargai falsafah, filem ini menerangkan mengenai falsafah di sebalik mengapa Kenshin mengangkat sumpah untuk tidak membunuh selepas berjaya menjalankan Meiji Restoration dan peranan Tomoe dalam membentuk Kenshin yang ada dalam filem-filem seterusnya. Ia lebih kepada filem “jiwang” mengenai kisah cinta Kenshin dan Tomoe, di samping menerangkan latarbelakang puak penentang sistem Shogun.
Filem ini masih mempunyai banyak babak berlawan, malah babak lawannya lebih ganas kerana pada ketika itu Kenshin masih belum mengangkat sumpah tidak membunuh. Tetapi babak berlawannya kurang dari filem-filem Rurouni Kenshin yang lain.
Kesimpulannya, filem ini hanyalah kisah penuh bagi perkongsian Kenshin mengenai sejarahnya dalam filem Rurouni Kenshin The Final. Tontonlah bagi mendapat keterangan penuh mengenai apa yang ada telahpun tahu dan janganlah mengharapkan lebih banyak lagi. Dengan mindset itu anda tidak akan hampa selepas menonton filem ini.
Positive vs Negatif
Positive
- Memberi penerangan penuh mengenai kisah lalu Kenshin
- Babak berlawan yang hebat
Negatif
- Semua poin penting dalam filem in telahpun diterangkan dalam filem The Final
- Perlawanan dengan bos akhir kurang memberangsangkan
Penilaian
Jalan cerita – 6/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10
Nilai hiburan – 7/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set –7/10