Sweet Girl – Kisah Pendedahan Konspirasi Big Pharma [Review]

Admin ada menonton trailer filem Sweet Girl ini beberapa hari lalu yang agak gempak dengan berlatarbelakangkan lagu “Sweet Child” oleh Guns n Roses. Hari ini ia mula ditayangkan di Netflix dan tanpa membuang masa admin pun terus menonton filem ini. Berikut adalah pendapat admin mengenai filem ini.

Sweet Girl

Sweet Girl – Kisah Pendedahan Konspirasi Big Pharma [Review]

Sweet Girl mengisahkan keluarga Ray Cooper, isteri dan anak perempuan mereka yang hidup bahagia. Isterinya diserang barah. Setelah beberapa lama di hospital, doktor mengatakan terdapat ubat barah yang mampu milik yang akan diluluskan tidak lama lagi. Malangnya, ubat itu ditarik balik dari pasarang pada saat akhir menyebabkan isterinya tidak mendapat ubat tersebut dan meninggal dunia.

Kerana mengesyaki syarikat pharma gergasi BioPharm bertanggungjawab menggagalkan ubat tersebut ke pasaran, Ray Cooper bertekad untuk menjatuhkan syarikat tersebut. Apakah yang akan terjadi? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Sweet Girl

Review

Sebagai sinopsis, babak pembuka filem ini merupakan pembayang kepada babak terpenting filem ini yang akan berlangsung di dua per tiga filem ini nanti. Selepas babak pembuka, filem ini akan memulakan kisah beberapa tahun sebelum babak tersebut berlangsung. Teknik penceritaan ini bukan perkara baharu dan telah banyak digunapakai dalam filem Holywood. Namun terdapat kelainan dalam struktur filem ini.

Terdapat 4 bab penting dalam filem ini, pertama berlangsung beberapa tahun sebelum babak pembukaan. Kedua 6 bulan selepas bab pertama. Ketiga 24 bulan selepas babak kedua dan keempat bab di mana babak pembukaan berlangsung. Semua bab ini ada peranan masing-masing dalam kisah keseluruhan filem ini. Walaubagaimanapun admin tidak dapat mengulas banyak mengenainya kerana ia akan menjadi spoiler kepada pengalaman menonton anda.

Secara keseluruhan, filem ini bertujuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai isu big pharma yang menguasai pasaran perubatan sehingga boleh menentukan hidup dan mati. Sebenarnya bagi admin jalan ceritanya bukan benda baru kerana admin telah banyak menonton filem dengan tema yang sama. Walaubagaimanapun, jika anda tidak banyak menonton filem sebegini, admin berpendapat ia memang satu genre yang patut ditonton oleh semua.

Sweet Girl

Tetapi untuk filem ini, pendedahan mengenai salahlaku big pharma tidak begitu mendalam dan tidak mengagumkan admin. Ia lebih menumpukan kepada babak aksi, terutamanya kerana watak Ray Cooper lakonan Jason Mamoa ini merupakan ahli tinju.

Seperkara lagi, admin juga tidak dapat menafikan, plot twist di bab keempat filem ini ada kaitan dengan women empowerment atau pemerkasaan wanita kerana admin boleh nampak ciri-ciri penggunaan teknik feminis bagi mempromosikan women empowerment. Admin takde masalah dengannya kerana ia tidaklah melampaui batas, tetapi ia mungkin akan mendapat reaksi negatif dari segelintir lelaki.

Apa pun, kesimpulannya filem ini menghiburkan dan penuh aksi dan admin merekomen anda menontonnya. Tetapi mungkin jalan ceritanya boleh diperbaiki lagi kerana ia tidak mencapai apa yang admin harapkan.

Sweet Girl

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dengan struktur yang agak unik, tetapi masih mudah difahami
  • Aksi yang mendebarkan

Negatif

  • Jalan cerita keseluruhan banyak kekurangan
  • Pendedahan dibuat mengenai Big Pharma tidak mendalam

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi – 7/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *