Deep – Filem Sci-Fi Thai yang Menarik [Review]

Sebenarnya admin telah lama menonton filem Deep, namun admin belum berkesempatan untuk menulis reviewnya. Jadi jika anda tertanya-tanya samada mahu menonton filem Netflix ini, berikut merupakan pendapat admin untuk pertimbangan anda.

Deep – Filem Sci-Fi Thai yang Menarik [Review]

Deep mengisahkan sekumpulan 4 sahabat pelajar perubatan dari latarbelakang berlainan. Protagonisnya, Jane, seorang pelajar cemerlang, mengalami masalah kewangan dan mengambil rekomendasi penyarahnya untuk menyertai satu eksperimen neurosains yang kendalikan sebuah syarikat pharma dari luar negara yang menawarkan wang lumayan kepada peserta eksperimen. Tanpa disedari, rakan-rakannya turut menyertainya.

Eksperimen ini memerlukan mereka untuk tidak tidur selama sejumlah hari dan setelah bermula, mereka tidak boleh tidur, jika tertidur melebihi 1 minit, mereka berkemungkinan mati hasil tindakbalas implant yang dipasang pada belakang pangkal leher mereka.

Namun eksperimen yang disertai secara suka-suka lama-kelamaan menjadi di luar kawalan mereka. Apakah nasib mereka? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Jika anda pernah menonton filem-filem thai seperti Bad Genius atau Best Brother of the Year, filem Deep ini mempunyai style atau gaya yang sama. Ia mempunyai vibe muda, ceria dan bertenaga. Sinematografinya juga berkualiti manakala set dan props yang digunapakai juga tiada masalah. Watak-wataknya juga berkarisma dan mempunyai ragam masing-masing.

Jalan ceritanya pula, walaupun ada elemen Sci-fi, ia mudah difahami jika anda bukan peminat filem sci-fi. Ia lebih memberi tumpuan kepada hubungan persahabatan dan keluarga antara watak-wataknya berbanding fakta saintifik. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan jalan ceritanya bukanlah disasarkan kepada golongan yang hardcore sci-fi dan ia jelas sekali menyasarkan golongan remaja dan dewasa-muda di bawah 30 tahun. In kerana jalan ceritanya tidak begitu mencabar minda, sebaliknya hanya menghidangkan drama.

Ia adalah juga membangkitkan isu syarikat pharma luar negara yang datang ke negara dunia ketiga untuk mengambil kesempatan terhadap kelompongan undang-undang untuk menjalankan eksperimen ke atas manusia, tetapi hanya pada babak-babak terakhir.

Tetapi admin bukan hendak menggambarkan filem ini tidak bagus, filem ini menghiburkan, cuma ia hiburan semata-mata. Selepas menonton filem ini, penonton berkemungkinan besar akan lupakannya. Ia tidaklah memberi impak yang besar dalam kehidupan penonton. Tontonlah filem ini untuk hiburan semata-mata dan tidak perlu mengharapkan sebuah filem sci-fi epik. Anda pasti terhibur.

Positif vs Negatif

Positif

  • Watak-watak, sinematografi dan stail penceritaan yang menarik
  • Sesuai untuk remaja dan Dewasa muda

Negatif

  • Hiburan semata-mata, lepas tonton penonton akan melupakannya
  • Jalan cerita yang mungkin kurang menarik bagi golongan 30 tahun ke atas

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi –8/10

Netflix

 

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *