Filem The Swarm merupakan sebuah filem Perancis yang baru sahaja diterbitkan di Netflix dan memandangkan ia terpampang di muka depan laman utama Netflix, admin pun terus menontonnya. Berikut merupakan pendapat admin mengenainya.
The Swarm – Kisah Belalang Maut [Review]
The Swarm mengisahkan seorang ibu tunggal bernama Virginie dan dua anaknya yang mengusahkan sebuah ladang belalang. Belalang tersebut dipeliharanya sebagai makanan masa depan yang tinggi kandungan protinnya. Malangnya entah mengapa belalang-belalang tersebut tidak membiak menyebabkan beliau mempunyai masalah bekalan belalang untuk dijual.
Segalanya berubah apabila beliau secara tidak sengaja mendapati belalang-belalang tersebut mempunyai selera kepada darah. Apakah reaksi beliau? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Filem mengenai haiwan luarbiasa ini bukan kegemaran admin, namun admin tidaklah membenci genre ini. The Swarm bermula dengan premis yang legit yang melibatkan menjadikan serangga seperti Belalang sebagai sumber makanan berprotein tinggi menggantikan daging dan ayam yang mana penghasilannya melibatkan banyak pelepasan gas yang mencemarkan udara. Malah dalam dunia sebenar, di sesetengah negara Afrika dan Asia Tenggara, serangga sememangnya menjadi sumber makanan yang popular.
Namun, filem ini dari segi falsafahnya bukanlah sebuah filem sci-fi seperti Holywood. Ia lebih cenderung mengenai bagaimana obsesi Virginie kepada perladangan belalang memberi impak kepada hubungannya dengan anak-anaknya dan juga menyentuh sedikit kesan kepada orang yang hidup di sekeliling mereka. Konflik yang berlaku langsung tidak meningkat ke peringkat masalah negara atau masalah dunia.
Jika anda mengaharapkan aksi, filem ini juga menghampakan. Ia tiada babak aksi yang boleh diperkatakan secara serious, sebaliknya ia banyak mengenai bagaimana tekanan yang dikenakan kepada ibu tunggal (Virginie) akibat penternakan belalang yang tidak menjadi dan keterdesakan menyara kehidupan keluarga memberi kesan kepada tindak tanduk beliau. Ia mempunyai babak-babak yang mendebarkan, namun ia tidaklah penuh aksi seperti filem Holywood.
Malah kesudahan filem ini juga agak kurang saintifik dan lebih menampilkan kasih ibu kepada anaknya. Jadi, mindset yang perlu ada semasa menonton filem ini adalah ia sebuah drama keluarga berlatarbelakangkan sedikit sci-fi. Bagi admin ia bukanlah sebuah filem mesti tonton, sebaliknya filem untuk ditonton setelah anda menonton semua filem yang anda ingin tonton.
Positif vs Negatif
Positif
- Plot dan jalan cerita yang OK
- Lakonan yang baik
Negatif
- Ia lebih kepada drama berbanding sci-fi
Penilaian
Jalan cerita – 6/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10
Nilai hiburan – 6/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi – 6/10