5 Filem dan Siri Penstriman Santai Untuk Tontonan Hujung Minggu

5 Filem dan Siri Penstriman Santai Untuk Tontonan Hujung Minggu

Jika anda tidak merancang ke mana-mana di hujung minggu, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk menonton filem-filem berikut. Filem-filem ini merupakan filem yang santai, ringan dan terdiri dari filem pelbagai genre.

  1. Antlers (Disney+ Hotstar)

    Antlers merupakan sebuah filem seram yang memfokuskan kepada mitos makhluk Wendigo yang menjadi kepercayaan orang asli Amerika utara.

    Filem ini sedikit perlahan, namun bagi admin sangat seram, memandangkan ia melibatkan mitos yang jarang didengari oleh orang Malaysia. Tambahan pula babak-babak seram berkaitan Wendigo sangat ganas dan buas.

    Dari segi jalan ceritanya, ia tidaklah kompleks, Tetapi ia dibentangkan dengan baik dan dramatik serta memaksimumkan keseraman.

    Kami rekomen untuk peminat filem seram sejati melibatkan raksasa.

  2. The Weekend Away (Netflix)

    Filem penyiasatan ini mengisahkan dua orang kawan, Beth dan Kate, yang bercuti di Croatia di hujung minggu. Selepas satu malam berdansa di kelab malam, mereka pulang ke hotel dalam keadaan mabuk ditemani dua orang “Escort” lelaki.

    Keesokkan harinya, Kate didapati hilang. Beth cuba mencarinya tetapi gagal. Filem ini mengikuti penyiasatannya mengenai kehilangan kawannya.

    Dari segi jalan cerita, ia biasa sahaja, namun cukup menari jika anda ingin menonton secara santai di hujung minggu. Terdapat banyak plot twist yang mendebarkan, tetapi secara keseluruhannya, filem ini menghiburkan, tetapi tidaklah terlalu hebat.

  3. Paper Lives (Netflix)

    PenstrimanPaper Lives merupakan sebuah drama Turki mengisahkan Mehmet, “abang long” dalam sekumpulan anak-anak yatim yang menjalankan operasi mengutip kertas kitar semula di Istanbul bersama saudara yatimnya.

    Satu hari, sahabatnya dengan tidak sengaja membawa pulan seorang kanak-kanak bernama Ali dalam kereta sorongnya. Mehmet menjumpai Ali dan mendapati beliau dibuang ibunya yang sering dipukul ayah tirinya.

    Sedikit demi sedikit, kebenarannya terbongkar.

    Filem ini banyak memaparkan budaya Turki terutamanya berkenaan anak yatim/anak jalanan. Admin yang pernah tinggal di Turki selama 2 bulan satu ketika dulu pun merasa nostalgia.

    Plot twist di penghujung filem memang tidak dijangka dan menyayat hati. Tontonlah filem ini jika anda ingin menyelami kehidupan pengutip kertas kitar semula di Turki atau anda memang minat drama kemasyarakatan secara umum.

  4. The Informer (Netflix)

    Penstriman
    The Informer mengisahkan Pete Koslow, seorang bekas banduan yang dikaitkan dengan mafia dadah Poland di New York. Dia menjadi pemberi maklumat kepada agen FBI yang sedang mengumpul bukti terhadap ketua mafia Poland, The General.

    Namun satu perkara tidak diingini telah berlaku apabila seorang agen NYPD yang menyamar sebagai pengedar dadah telah dibunuh oleh rakan sekumpulan Pete. Ini menyebabkan Detektif NYPD bernama Grens mula menyiasat Pete.

    Untuk mengumpul bukti bagi menumpaskan mafia Poland, Pete dipaksa oleh pihak FBI untuk masuk semula ke penjara terdahulunya untuk mendapatkan nama orang-orang yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang didalangi mafia Poland itu.

    Malangnya tidak semua berjalan seperti dirancang.

    Filem ini merupakan campuran genre aksi dan penyiasatan, tetapi lebih kepada aksi. Jalan ceritanya mudah difahami dan agak straight forward, cuma terdapat plot twist di pertengahannya bagi meningkatkan drama. Filem ini tidaklah sehebat filem yang memasuki panggung wayang, tetapi cukup menghiburkan untuk ditonton secara santai di hujung minggu.

  5. Suspicion (Apple TV+)

    Penstriman
    Suspicion merupakan siri Apple TV+ 8 episod mengisahkan seorang anak kepada calon diplomat penting di Amerika telah diculik oleh sekumpulan penculik yang ingin beliau “mendedahkan kebenaran” mengenai kerja yang dilakukannya dalam syarikat PR miliknya sebelum dilantik menjadi calon diplomat.

    Anehnya, 5 suspek warga British yang dikenalpasti oleh pihak polis tidak mengenali antara satu dengan lain serta langsung tidak tahu menahu mengenai penculikan ini, melainkan mereka berada di hotel di New York tempat penculikan berlaku pada masa ia berlaku.

    Siri penyiasatan ini memang dramatik dari awal hingga akhir dan penonton sukar menjangkakan apa yang berlaku dalam setiap episod dan apa sebenarnya rahsia yang disimpan calon diplomat itu.

    Filem ini sedikit berat dan sesuai untuk ditonton mereka yang gemarkan filem penyiasatan dan teori konspirasi.

,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.