Morbius [Review]

Review: Morbius

Genre: Aksi/seram

Sesuai untuk: Semua peminat Marvel 18 tahun ke atas.

Morbius

Sinopsis Morbius

Dr Morbius mengabdikan dirinya untuk mencari penawar kepada penyakit darah misteri yang dihidapinya dan sahabat karibnya, Lucious. Namun, setelah menemui penawarnya, kesan sampingannya didapati tidak seperti yang dijangkakan. Beliau bertukar menjadi makhluk separa manusia dan separa kelawar, serta memerlukan darah manusia untuk terus hidup.

Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kisahnya.

Review

Sebenarnya admin tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada filem Morbius ini. Pertama sekali kerana admin pun tidak tahu kewujudan watak bernama Morbius dalam MCU. Kemudian setelah admin menonton trailer-trailer filem ini di media sosial, ia langsung tidak menarik minat admin menontonnya. Namun, demi review, admin tonton juga filem ini.

Secara keseluruhannya, admin boleh mengagak keseluruhan jalan ceritanya hanya dengan menonton babak pertama di mana Morbius berkenalan dengan rakannya Lucious di hospital khas semasa mereka kecil. Dari situ admin sudah tahu filem ini mesti berkenaan dua sahabat akrab yang berbeza personaliti, berbalah mengenai suatu yang berharga. Terbukti ia benar setalh menonton hingga habis. Jalan cerita yang mudah diagak inilah menyebabkan filem ini nampak kurang menarik.

Sungguhpun demikian, separuh pertama filem ini masih menarik di mana ia masih mempunyai babak-babak seram yang menjadi, serta babak-babak penemuan kuasa baru oleh Dr Mobius yang membuatkan penonton tertarik seketika untuk menonton filem ini dengan lebih lanjut.

Tetapi suku terakhir filem ini sememangnya membunuh segala harapan mengenai filem ini. Babak-babak terakhir ini bukan sahaja mudah dijangka, malah sekuens perlawanan antara Mobious dengan “boss” terakhir dipenuhi CGI yang memeningkan dan koreografi yang monotonus. Admin pun sempat terlelap beberapa kali ketika menonton suku terakhir ini.

Secara kesimpulannya, filem Morbius ini terlalu mudah dijangka oleh penonton yang sudah biasa menonton filem Marvel Studios (filem ini dibikin oleh Sony Pictures). Ditambah pula dengan tidak ramai mengenali watak Morbius, maka jadilah sebuah filem yang gagal.

Sukar untuk admin rekomen filem ini, tetapi terdapat 2 babak pasca kredit yang berkaitan dengan filem Spiderman: No Way Home dan Venom: Let There be Carnage. Jadi, kalau anda berminat dengan watak-watak tersebut, mungkin anda patut tonton filem ini.

Penilaian: 5/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *