Butak – Filem Melayu Menarik [Review]

Filem Butak dahulu ditayangkan di saluran Astro First dengan bayaran langganan, namun kini ditayangkan di saluran Astro Citra dan boleh ditonton melalui fungsi On Demand. Admin sempat menonton filem Melayu ini dan berikut adalah pendapat admin mengenainya.

Butak – Filem Melayu Menarik [Review]

Butak mengisahkan seorang anak Yatim sekitar tahun 1960an bernama Butak yang tinggal bersama datuk dan neneknya. Butak merupakan seorang Budak nakal di kampungnya dan selalu membuat kacau dengan orang-orang kampung, sedangkan datuknya satu-satunya orang kampung itu yang telah mengerjakan haji dan dihormati orang kampung.

Satu hari, tibalah masa jirannya sekeluarga untuk mengerjakan haji. Butak yang ingin bertaubat merancang untuk curi-curi ikut keluarga tersebut mengerjakan haji dan juga melawat kubur ibunya yang meninggal di tanah suci. Apakah beliau akan berjaya? Tontonlah filem in di Astro untuk mengetahui kesudahannya.

Butak

Review

Dalam era kegersangan filem Melayu masa kini, selain filem Butak, telah lama admin tidak menonton sebuah filem Melayu yang betul-betul mempunyai struktur jalan cerita yang boleh mengekalkan perhatian admin kepada filem tersebut. Tidak menghairankan kerana pengarah filem ini, Sabri Yunus memang terkenal membikin filem yang baik. Beliau juga turut berlakon dalam filem ini.

Pertama sekali, filem ini berjaya menghidupkan persekitaran sebuah kampung di pantai timur. Cara bercakap, persekitaran dan props juga selari dengan tahun 60an. Malah budaya tempatan yang menghormati orang yang telah pergi menunaikan haji jelas sekali ditampilkan dalam filem ini. Dialog yang dugunakan juga bersahaja dan tidak kedengaran terlalu diskripkan. Namun tidak semua pelakon tambahannya mempunyai bakat lakonan yang tinggi. Tetapi ia tidaklah merosakkan terus filem ini.

Butak

Kemudian, jalan cerita dan pembinaan watak juga agak berkesan. Sekurang-kurangnya, watak Butak ini dilihat mempunyai kemajuan dari segi keperibadiannya sepanjang filem ini dan pada penghujung filem ini ada satu perasaan kejayaan di pihak Butak atas segala pengalaman yang dilaluinya serta kawan-kawan baharu yang ditemuinya.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan separuh kedua filem ini agak tidak jelas dari segi arah tuju jalan ceritanya, terutamanya bahagian di mana beliau berinteraksi dengan kumpulan pencuri di Pulau Pinang. Babak-babak yang melibatkan interaksi antara mereka tidak dibuat dengan berkesan dan kadang-kala meleret-leret.

Butak

Secara keseluruhannya, filem Butak ini merupakan sebuah filem yang benar-benar menceritakan sebuah cerita masyarakat. Walaupun filem tema sebegini jarang viral, pada pendapat admin filem genre ini penting dalam mempromosikan budaya dan kisah tempatan. Jika orang luar ingin menonton sebuah filem mengenai budaya tempatan, admin boleh merekomen filem ini. Dalam dunia perfileman yang ghairah mempromosikan kisah cinta berpanjangan, budaya gangster, lawak jenaka pickup line dan budaya rempit, filem ini sememangnya satu filem yang melawan arus.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang ditulis dengan baik
  • Penampilkan budaya tempatan dengan baik.

Negatif

  • Banyak juga babak-babak yang tidak dibikin dengan berkesan
  • Tidak semua pelakonnya mempunyai bakan lakonan semulajadi

Butak

Penilaian

Jalan cerita – 8/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi –7/10

IMDB

 

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *