Admin memang seorang peminat filem perang dunia kedua (WW2), dari Saving Private Ryan hingga ke The Pacific, semuanya admin tonton. The Forgotten Battle merupakan sebuah filem perang dunia kedua dari Belanda yang agak menarik bagi peminat filem WW2.
The Forgotten Battle – Kisah Pertempuran WW2 Yang Tidak Diceritakan [Review]
The Forgotten Battle mengisahkan pertempuran “Battle of Scheldt” yang merupakan pertempuran untuk merebut kawasan tebing muara sungai yang menujuk ke pelabuhan Antwerp, Belanda. Ia diceritakan melalui pandangan 3 watak, Teuntje Visser yang bekerja di pejabat datuk bandar tali barut Nazi, William Sinclair, seorang juruterbang glider British dan Marinus van Staveren, seorang sukarelawan Wehrmacht Belanda.
Ia mengisahkan peranan watak-watak tersebut dalam menjayakan serangan pihak berikat dalam Battle of Scheldt. Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kisahnya.
Review
Sukar untuk tidak membandingkan filem ini dengan hasil karya seperti Saving Private Ryan atau sekurang-kurangnya siri Band of Brothers. Namun, tema The Forgotten Battle tidak sama dengan filem dan siri tersebut. Ia lebih memfokuskan kepada drama menceritakan peranan 3 watak ini dalam Battle of Scheldt berbanding memaparkan aksi perperangan.
Penceritaannya sedikit perlahan berbanding filem Saving Private Ryan dan kurang babak aksi. Penenton perlu meminati kisah sejarah untuk benar-benar kekal menonton filem ini dan jika penonton mengharapkan babak-babak aksi, mungkin mereka tidak akan kekal menonton hingga akhir.
Jalan ceritanya diceritakan dengan jelas dan mudah difahami walaupun kurang dramatik berbanding jika ia dibikin oleh pembikin Holywood. Menceritakan kisah watak-wataknya merupakan keutamaan di dalam filem ini berbanding dramatisasi.
Namun, ia juga tidak menghampakan dengan menghidangkan satu babak pertempuran sengit di separuh kedua filem ini. Babaknya agak realistik dan hampir boleh bertanding dengan babak perang Saving Private Ryan. Kesan khas praktikalnya berkualiti dengan paparan realistik kaki dan tangan tercabut akibat terkena bom dalam pertempuran. Malah pandangan tembakan dari sudut pandang machine gun pihak Jerman jelas menggambarkan situasi hopeless pihak British ketika itu.
Walaupun ia menggunakan banyak kesan khas praktikal, ia juga jelas sekali menggunakan CGI untuk beberapa babak termasuk glider dan causeway utama di mana pertempuran berlangsung. Namun CGI yang digunapakai berkualiti tinggi dan tidak mudah dikesan penonton biasa.
Secara keseluruhan, filem The Forgotten Battle merupakan sebuah filem yang dibikin dengan baik dan tidak kedekut dari segi kos pembikinannya. Walaubagaimanapun, ia lebih menonjol kepada peminat sejarah WW2 berbanding penonton biasa. Admin sebagai peminat sejarah WW2 berpuas hati dengan filem ini walaupun ia tidak sebaik Saving Private Ryan atau Band of Brothers.
Positif vs Negatif
Positif
- Kos produksi yang tinggi
- Props kenderaan dan senjata yang bermutu tinggi.
- CGI yang bermutu
- Jalan cerita dan cara penceritaan yang jelas
Negatif
- Tidaklah setanding dengan filem WW2 Holywood
- Sedikit perlahan.
Penilaian
Jalan cerita – 7/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10
Nilai hiburan – 7/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set –9/10