Mission Impossible Final Reckoning merupakan filem penamat bagi francais Mission Impossible lakonan Tom Cruise. Ia menyambung kisah filem Mission Impossible Dead Reckoning yang disiarkan dua tahun lepas. Kali ini Presiden Amerika bejaya memujuk Ethen Hunt untuk keluar dari tempat sorok beliau memetik ancaman AI global bernama “The Entity”, memandangkan hanya Ethan memegang kunci yang boleh memusnahkan atau mengawal AI tersebut. Dengan bantuang pasukannya, beliau menjalani misi mustahilnya untuk menyelamatkan dunia. Adakah beliau akan berjaya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

[Review] Mission Impossible Final Reckoning
Sebelum menonton filem terakhir Mission Impossible ini, admin memang mengharapkan satu kesudahan yang epik, namun, sejujurnya admin sedikit kecewa. Bukan kerana filem ini tidak bagus, tetapi kerana ia sama bagus dengan filem sebelum ini. Malah, jika anda menonton filem sebelum ini dan filem ini terus menerus, ia mempunyai struktur jalan cerita dan babak aksi yang sama. Babaknya sememangnya berlainan tetapi struktur dan intensitinya tetap sama dengan filem sebelumnya. Bermakna anda boleh mengagak bila babak aksi akan bermula dan siapa yang akan menang dalam babak tersebut. Keseluruhan filem ini boleh dijangka.

Jadi jika anda merancang untuk menonton filem ini, mungkin ada baiknya anda memilih versi IMAX untuk lebih menghayati babak-babak aksi yang epik dalam filem ini. Jika anda begantung kepada jalan cerita, anda tentu boleh mengagak outcome dari setiap babak aksi tersebut.

Mungkin perkara yang admin paling kecewa adalah kesudahannya. Bukan kerana tidak bagus, tetapi ia seperti kesudahan mana-mana filem Mission Impossible. Dramatik, tetapi ia hanya menutup kisah filem tersebut sahaja, ia tidak cukup epik untuk menutup keseluruhan francais. Tambahan pula penutup sebegini masih membuka ruang untuk sequel, sekiranya Tom Cruise masih larat untuk berlakon atau beliau hendak buat filem untuk pass baton kepada generasi baru.

Kesimpulannya, dalam anda menonton filem Mission Impossible Final Reckoning ada eloknya tetapkan minda anda hanya untuk enjoy babak-babak aksi dan jangan terlalu memikirkan jalan cerita. Jalan ceritanya boleh dijangka seperti filem-filem Bollywood.





