Predator Killer of Killers merupakan filem animasi dalam francais Predator yanng mengikuti kisah 3 orang pahlawan pada zaman dan era mereka tersendiri yang dipilih untuk berlawan dengan makhluk Predator atau lebih dikenali sebagai kaum Yautja. Filem ini berlangsung dalam dunia/universe yang sama dengan filem-filem asal Predator dan Prey. Tontonlah filem ini di Disney+ Hotstar untuk mengetahui kesudahannya.

Review: Predator Killer of Killers
Filem ini sebenarnya telah lama ditayangkan namun admin baru sahaja berkesempatan menonton filem animasi ini. Tidak banyak filem dalam universe Predator yang menarik seperti filem asal dan Prey, jadi admin berminat untuk mengetahui sejauh mana filem ini dapat menyumbang kepada francais tersebut.
Filem ini menggunakan gaya animasi yang sama seperti filem-filem animasi Spiderverse. Terdapat penonton yang suka gaya animasi ini dan ada yang tidak suka, terpulang kepada citarasa masing-masing.

Tetapi apa yang pasti tahap blood and gore dalam filem ini agak tinggi, jadi ia tidak sesuai untuk kanak-kanak. Namun mungkin remaja belasan tahun masih boleh menontonnya. Secara asasnya ia menghidangkan 3 kisah penuh aksi mengenai 3 pahlawan dari zaman berbeza yang masing-masing diburu pemburu Yautja. Seorang dari kaum Viking, seorang ninja/samurai dan seorang juruterbang perang dunia kedua.

Jalan cerita filem ini tidaklah begitu kompleks, malah agak ringkas dan boleh dijangka. Filem ini lebih memfokuskan kepada aksi berlawan dan mendedahkan lebih banyak mengenai kaum Yautja dan budaya berlawan/memburu yang menjadi aktiviti utama mereka. Tiada plot twist yang pelik-pelik atau konsep sukar yang perlu difahami. Jika anda berminat untuk mengembara ke alam kaum Yautja, in adalah filem animasi yang perlu anda tonton.

Namun selain itu, tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai filem animasi ini. Sungguhpun demikian, filem ini berjaya mengekalkan minat admin untuk menonton filem hingga ke penghujung. Ia menghiburkan dan terdapat berberapa easter eggs di penghujung filem.





