[Review] Andor Season 2

Andor merupakan satu siri TV yang berkisarkan prekuel kepada filem Rogue One dimana ia pula adalah prekuel kepada trilogi filem original Star Wars Episod 4, 5 dan 6. Musim pertama Andor telah mengkagumkan ramai penontonnya dengan dipiksi sebenar bagaimana sebuah pemberontakan bermula dan kini musim dua menambahkan kekaguman penonton ke tahap yang melangit tinggi. Berikut sedikit ulasan kami mengenai siri Star Wars ini.

[Review] Andor Season 2

Siri Star Wars Andor digelar sebagai Star Wars untuk orang dewasa kerana temanya yang mendalam, dark, realis dan tiada unsur magika “The Force”. Ia mengikuti beberapa watak-watak yang bekerja bersama dan menentang Cassian Andor dalam usahanya membantu pihak pemberontak menubuhkan satu barisan pemberontak gabungan pelbagai kaum di seluruh galaksi. Menariknya, siri ini melihat pemberontakan dari pelbagai peringkat iaitu dari peringkat politik, perisikan, ketenteraan, partisan dan juga pihak empayar.

Dengan kata lain ia memberikan gambaran menyeluruh mengenai bagaimana pemberontakan ditubuhkan dan bagaimana rancangan empayar untuk membina senjata rahsia “Death Star” membawa kepada pemberontakan serta taktik empayar gunakan untuk memastikan situasi pemberontakan ini memberikan kelebihan kepada mereka. Ia berbeza dengan siri Star Wars lain seperti The Mandalorian yang lebih berbentuk pengembaraan dan aksi.

Siri Andor ini sememangnya berat dan musim kedua lebih berat dari musim pertama, jadi jika anda kurang minat dengan politik, perisikan dan geostrategi, mungkin siri ini bukan untuk anda. Tetapi bagi mereka yang berminat dalam topik tersebut akan menyedari betapa hebatnya susunan cerita, dialog dan lakonan dalam siri ini. Boleh dikatakan masterpiece! Ia berjaya membawa penonton memahami secara mendalam kedudukan pemberontak dan perisik dalam ekosistem yang menjadi tunjang kepada pemberontakan. Tambahan pula, pihak Disney menerbitkan 3 episod seminggu sememangnya satu langkah yang tepat kerana penonton tidak perlu tunggu lama untuk menonton kisah seterusnya.

Andor

Secara keseluruhan, kehebatan siri Andor ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Anda perlu tonton sendiri. Itu pun jika anda minat dengan tema siri yang berat dan bukan sekadar aksi semata-mata. Selepas menonton musim kedua, anda boleh terus menonton filem Rogue One kerana ia merupakan sambungan terus kepada siri Star Wars ini.

Andor

Penilaian: 10/10

IMDB

 

,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *