Pixels [Review]

Sebenarnya filem Pixels telah dibelasah teruk oleh pihak media massa serta media sosial di Amerika dan dilabel sebagai filem yang teruk. Walaupun mengetahuinya, kami ingin melihat sendiri keburukan filem ini untuk kami tampil dengan pendapat sendiri mengeanai filem ini.

Pixels

Pixels [Review]

Pixels mengisahkan Brenner lakonan Adam Sandler dan rakan-rakannya, yang merupakan pakar permainan video arked di zaman kanak-kanak sekitar awal 80an. Namun kini setelah dewasa, Brenner cuma seorang juruteknik yang memasang peralatan audio visual.

1426805239_pixels-donkey-kong-zoom

Suatu hari, makhluk asing yang menerima mesej dari bumi yang menyertakan visual permainan video telah tiba di bumi dalam bentuk permainan video arked dengan tujuan mengalahkan dan menguasai bumi. Kini Brenner dan rakan-rakannya menjadi harapan terakhir untuk menyelamatkan bumi. Mampukah mereka menyelamatkan bumi? Tontonlah filem ini untuk mengetahuinya.

maxresdefault

Jalan Cerita

Setelah mendengar berita mengenai filem ini, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk filem ini. Ini menjadikan pengalaman menontonnya tidaklah seteruk mana.

Secara keseluruhan, filem ini lebih sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak kerana format filem yang tidak serious dan keanak-anakkan. Tetapi pada masa yang sama, kanak-kanak berkemungkinan besar tidak dapat relate atau memahami latarbelakang dan konteks filem ini kerana mereka berkemungkinan besar tidak pernah bermain permainan arked seperti Pac-man, Tettris dan Dong King Kong. Di sinilah dilemanya berlaku.

Adam-Sandler-In-Pixels-Photos

Jalan ceritanya ringkas dan dipenuhi klise yang kebudak-budakan, malah beberapa bahagian filem ini menyebabkan penulis tertidur sebentar kerana kebosanan. Lakonan watak-wataknya juga tidak meyakinkan kerana mereka cuba menampikan penampilan serious dalam latarbelakang jalan cerita yang langsung tidak serious.

Tetapi mungkin “jenayah” paling besar dilakukan filem ini ialah menjadikan Pac-man sebagai watak jahat, di mana watak ini biasanya dikaitkan sebagai seorang hero dalam permainan arked.

pixels-2

Positif vs Negetif

Positif

  • Animasi CGI watak-watak arked yang agak baik.

Negetif

  • Jalan cerita dan lakonan yang lemah.
  • Merosakkan memori permainan arked zaman kanak-kanak bagi sesetengah golongan.

Kesimpulan

Idea untuk filem Pixels datangnya dari sebuah filem pendek dengan tajuk yang sama dibikin oleh seorang pengarah Perancis bernama Patrick Jean pada tahun 2010, di mana filem pendek itu menggambarkan sebuah bandar diserang oleh makhluk asing yang mengambil bentuk permainan video arked. Filem pendek itu tidak mempunyai jalan cerita yang jelas dan hanya sekadar manifestasi idea pengarah tersebut.

Daripada hasil adaptasi filem pendek itu ke layar perak, disimpulkan bahawa filem itu tidak sepatutnya dijadikan sebuah filem penuh. Ia sedikit sebanyak mungkin telah merosakkan visi pengarah Patrick Jean yang hanya mahu sebuah filem pendek sebagai hiburan untuk merehatkan minda seketika.

Kami tidak merekomen penonton untuk menonton di pawagam, namun jika ia tampil di Astro, ia mungkin berbaloi untuk ditonton.

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

5 thoughts on “Pixels [Review]

  1. Ping balik: Pixels | KaKi Borak
  2. Ping balik: Pixels - KaKi Borak
  3. Ping balik: Pixels | Kedai KoPi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *