G Storm merupakan filem terakhir dalam siri 5 filem aksi Hong Kong iaitu Z Storm(2014), S Storm (2016), L Storm (2018) dan P Storm (2019). Sejujurnya admin tak pernah menonton filem-filem sebelum G Storm dan admin hanya menonton G Storm kerana adanya Dato Rosyam Nor. Berikut pendapat admin mengenai filem ini.
G Storm – Filem Hong Kong Dilakonkan Rosyam Nor [Review]
Filem G Strom mengisahkan pegawai ICAC (Independent Commission Against Corruption) Hong Kong, William Luk, dan pasukannya yang bertanggungawab untuk menyiasat dan menjatuhkan sindiket pemerdagangan manusia dari Asia Tenggara yang diketuai pengganas bernama King.
Saksikannya di pawagam untuk mengetahui kesudahan usaha mereka.
Review
Sejujurnya dari babak pertama sebelum tajuk filem dipaparkan, admin sudah boleh menilai fillem ini sebagai sebuah filem yang bukan di kelas tertinggi bidang perfileman Hong Kong. Dari colour grading, muzik latar, skrip dan aliran filem yang sub-par, admin dah merasakan admin boleh merendahkan harapan yang diletakkan padanya.
Colour grading dan sinematografinya lebih mirip telemovie Hong Kong manakala muzik latarnya sangat klise dan cheezy. Plot dan jalan ceritanya juga klise seolah-olah menonton filem Gerak Khas The Movie, cuma standard Hong Kong dari segi teknikal lebih tinggi berbanding Malaysia.
Seperti yang dikatakan, jalan cerita filem ini memang klise dan mudah dijangka. Babak-babaknya pula seperti dibuat secara tergesa-gesa dan hanya berfungsi untuk menyampaikan jalan cerita, tidak lebih dari itu. Ia tiada kreativiti atau pengolahan yang lebih dari kebiasaan. Babak terakhirnya pula sangatlah klise hinggakan admin tidak dapat menahan ketawa.
Sungguhpun demikian, jika anda berjaya merendahkan jangkaan anda terhadap filem ini, babak-babak aksinya agak menghiburkan juga. Dato Rosyam Nor yang pada awalnya hanya mengambil tanggungjawab pengurusan sahaja, akan turun padang pada babak-babak finale untuk terlibat secara langsung dalam aksi dan keganasan babak-babak tersebut.
Persembahan Doto Rosyam Nor dalam babak aksi tersebut memang hebat, lebih hebat dari apa yang pernah beliau lakonkan di Malaysia. Sayang sekali beliau hanya menunjukkan belang pada babak-babak finale.
Kesimpulannya filem G Storm merupakan sebuah filem standard telemovie Hong Kong, langsung tidak dapat bersaing dengan filem-filem seperti Shockwave atau Shockwave 2. Namun, jika anda boleh merendahkan jangkaan anda, anda masih boleh menonton filem ini demi Dato Rosyam Nor. Admin pun agak jarang menonton filem Hong Kong kebelakangan ini, jadi ia boleh dianggap melepaskan rindu juga lah.
Positif vs Negatif
Positif
- Plot dan jalan cerita yang mudah difahami
- Aksi yang mendebarkan
Negatif
- Babak-babak semua dibikin secara tergesa-gesa
- Seluruh filem ini agak klise dan mudah dijangka
Penilaian
Jalan cerita – 6/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10
Nilai hiburan – 6/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10