Resident Evil Welcome to Raccoon City – Reboot atau Perosak? [Review]

Sejak pengumuman filem reboot Resident Evil bertajuk Resident Evil Welcome to Raccoon City, ramai yang teruja untuk menonton filem ini memandangkan ia dikatakan lebih mirip kepada permainan video Resident Evil sebenar. Sejauh manakah kebenarannya? Di sini admin mengulas mengenai filem ini.

Resident Evil Welcome to Raccoon City – Reboot atau Perosak? [Review]

Filem Resident Evil Welcome to Raccoon City berlangsung pada tahun 1998 dan mengisahkan Racoon City yang telah lama menjadi bandar yang keberadaannya disokong oleh kehadiran fasiliti penyelidikan Umbrella Corporation. Namun syarikat itu mula memindahkan fasiliti mereka ke tempat lain dan kini yang tinggal di situ hanyalah saki baki staf syarikat tersebut dan mereka yang terlalu miskin untuk berpindah.

Claire Redfield yang membesar di sebuah rumah anak yatim Umbrella Corporation di bandar tersebut bersama abangnya Chris kini kembali ke bandar tersebut untuk mencari abangnya setelah melarikan diri dari bandar tersebut 5 tahun dahulu. Setibanya beliau di bandar itu, perkara pelik mula berlaku yang memperlihatkan kemunculan penduduk yang tidak ubah seperti zombie.

Chris Redfield bersama pasukan polis khas “STARS” telah ditugaskan untuk menyiasat sebuah rumah agam bernama “Spencer mansion”di mana dua orang polis telah dihantar ke sana untuk menyiasat satu penemuan mayat di sana, tetapi tidak pulang. Apakah yang terjadi kepada mereka? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Resident Evil Welcome to Raccoon City

Review

Admin sebagai seorang peminat permainan video Resident Evil yang telahpun bermain permainan video Resident Evil 2 hingga 6 memang boleh dikatakan mengetahui selok belok bahan sumber (source material) Resident Evil. Walaubagaimanapun admin tidak bermain Resident Evil Zero iaitu permainan Residet Evil pertama. Sungguhpun demikian admin telah membaca dan menonton video Youtube yang menceritakan jalan ceritanya.

Filem Resident Evil Welcome to Raccoon City merangkumi kisah-kisah dalam Resident Evil Zero dan Resident Evil 3. Boleh juga dikatakan ia juga merangkumi Resident Evil 3 kerana ia menyertakan watak Jill Valentine, tetapi watak Nemesis tidak disertakan dalam filem ini. Begitu juga dengan watak Mr X (makhluk pemusnah Umbrella Corp dalam Resident Evil 2). Walaupun menyertakan kerangka cerita dari permainan video asal, tidak dapat disangkal ia membuat interpertasi tersendiri dan berlainan dari bahan sumber. Dengan kata lain cerita dan penampilan watak-wataknya sangat berbeza dari bahan sumber.

Sejujurnya interpertasi ini sangat menghampakan bagi admin yang mengikut filem-filem dan permainan video Resident Evil. Pertama sekali watak Leon Kennedy ditampilkan sebagai seorang rookie yang “total looser” manakala Claire Redfield pula ditampilkan sebagai seorang yang penuh keyakinan dan “badass“. Ternyata agenda feminis tebal di situ. Dalam permainan video, kedua-dua watak tersebut hebat dengan cara mereka tersendiri.

Resident Evil Welcome to Raccoon City

Sebenarnya sebaik sahaja admin melihat watak Leon Kennedy yang looser itu, admin dah boleh tahu filem ini tentu teruk dan ia terbukti benar. Jalan ceritanya langsung tidak ada kekuatan, walaupun ia cuba untuk mengadaptasikan jalan cerita dari permainan video. Watak-wataknya juga berlakon seperti badut, langsung tidak seperti pasukan polis elit yang digambarkan dalam permainan video. Kemudian babak-babak aksinya sekejap-sekejap dan tidak menarik.

Ramai yang merungut mengenai siri filem Resident Evil lakonan Milla Jovovich kerana tidak mengikut bahan sumber Resident Evil, namun sekurang-kurangnya filem-filem berkenaan penuh aksi dan ada jalan cerita yang ada kesinambungannya antara setiap filem. Resident Evil Welcome to Raccoon City pula seperti tidak mengetengahkan Umbrella Corp sebagai organisasi jahat dengan secukupnya.

Pendek kata terlalu banyak yang bermasalah dengan filem ini. Admin tak kisah jalan ceritanya berlainan dari bahan sumber, tetapi jalan ceritanya tak menarik langsung dan tak ada intipati yang menarik. Bagi admin filem ini adalah filem gagal. #filemgagal. Kalau anda peminat Resident Evil, memang anda akan hampa. Ia hanya mengharapkan rekaan set yang serupa dengan permainan video.

Resident Evil Welcome to Raccoon City

Positif vs Negatif

Positif

  • Kalau anda suka filem seram yang jenis “jumpscare” filem ini ada banyak babak tersebut.
  • Latarbelakang seperti balai polis memang serupa dengan permainan video.

Negatif

  • Watak, CGI, jalan cerita semuanya gagal.

Penilaian

Jalan cerita – 5/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 5/10

Nilai hiburan – 5/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 5/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *