Blacklight [Review]

Review: Blacklight

Genre: Aksi/penyiasatan

Sesuai untuk: Peminat filem aksi yang juga gemarkan sedikit elemen berfikir.

Blacklight

Sinopsis Blacklight

Blacklight mengisahkan Travis Block, seorang “fixer” untuk FBI yang menguruskan penyelamatan ejen-ejen FBI yang dalam masalah. Kerana umur yang lanjut dan ingin lebih rapat bersama keluarga, beliau meminta untuk bersara. Malangnya, bosnya yang juga rakan lamanya, Gabriel tidak mahu melepaskannya. Sementara itu, beberapa kejadian “kemalangan” di kalangan orang awam yang penting menyebabkan Travis mula sangsi dengan kerja yang dilakukannya di bawah Gabriel. Namun Gabriel mengugutnya dengan menggunakan anak dan cucunya sebagai “tebusan”.

Review Pendek

Secara ringkas, jika anda mengikuti perkembangan filem Liam Neesan sejak 10 tahun lalu, amat jelas sekali umurnya tidak membenarkannya melakukan filem yang terlalu berorientasikan fizikal. Filem ini walaupun mempunyai aksi-aksi yang dramatik, ia juga memaparkan Travis terlibat dengan penyiasatan bersama jurnalis untuk membongkarkan aktiviti bosnya. Jadi ia bukan filem aksi semata-mata.

Jalan ceritanya sepertimana yang anda boleh jangkakan dari sebuah filem Liam Neesan dan lakonan serta babak aksinya juga selari dengan jangkaan anda jika menonton filem lakonan beliau. Cuma dalam filem ini watak Travis memang menggambarkan umur Liam Neeson yang telah lanjut di mana beliau lebih menggunakan pengalaman beliau berbanding kelincahan fizikal, terutamanya kerana jalan ceritanya lebih kepada penyiasatan.

Sungguhpun demikian, eleman penyiasatannya juga tidaklah begitu berat atau setanding dengan Death on the River Nile. Ia masih lagi sebuah filem aksi yang santai. Sesuai untuk ditonton di hujung minggu. Walaubagaimanapun pada pendapat admin anda tidak perlu menonton filem Blicklight di pawagam. Jika anda tunggu ia ditayangkan di HBO Go atau saluran penstriman lain, ia tidak menjadi masalah, malah ia lebih sesuai ditonton di rumah secara penstriman. Ia memang sebuah filem untuk penonton yang dalam mood santai, bukan penonton yang mengharapkan untuk dihiburkan dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Malangnya, bagi admin, kesudahannya agak mendukacitakan kerana seolah-olah tamat begitu sahaja tanpa sebarang drama atau “boss fight” yang mendebarkan.

Penilaian: 7/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *