Review: Moonfall
Genre: Aksi/Sci Fi
Sesuai untuk: Mereka yang inginkan sebuah filem aksi yang mendebarkan tanpa plot scifi yang terlalu kompleks
Sinopsis Moonfall
Dalam satu misi angkasa pada 2011, angkasawan Nasa Brian Harper dan rakan sepasukan, termasuk Jocinda Fowler telah berhadapan dengan satu anomali semasa melakukan misi membaiki satelit, di mana kapal angkasa mereka diserang satu makhluk yang terdiri dari satu awanan robot nano. Brian merupakan satu satunya ahli pasukan yang kekal sedar semasa serangan itu dan berjaya menyelamatkan kapal angkasa dan mendarat di bumi. Namun, tiada siapa percayakan Brian dan beliau telah dipecat dari Nasa.
Terus ke zaman sekarang, seorang penggiat angkasa bernama KC Housmann telah mendapati bulan telah terkeluar dari orbit dan cuba memberi amaran kepada Nasa tetapi gagal. Peralihan orbit bulan yang semakin mendekati bumi menyebabkan malapetaka besar di bumi dan akhirnya akan memusnahkan bumi.
Jocinda Fowler yang kini menjadi pengarah Nasa telah mengajak Brian Harper untuk misi menyelamatkan bumi. Dapatkah mereka menyelamatkan bumi? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.
Review
Filem ini sejujurnya adalah satu contoh filem aksi scifi yang dibikin bagi tujuan keuntungan. Tapi tidak bermakna ia tidak bagus. Ia tidaklah mempunyai teori Sci Fi yang kompleks dan admin percaya ia mudah diikuti oleh semua lapisan masyarakat. Ia juga banyak bergantung kepada babak-babak aksi berskala besar yang dijana oleh komputer untuk menambahkan debaran dalam filem ini, diselangi dengan lawak jenaka bersahaja. Ia sebuah filem yang menghiburkan penonton.
Walaubagaimanapun, ia tidak lebih dari menghiburkan penonton. Admin yakin penonton yang menonton filem ini tidak akan mengenang kembali filem ini selepas menonton filem berikutnya. Tambahan pula, tidak ada bukti kukuh ia akan tampil dengan sequel selepas ini.
Akhir kata, filem ini sesuai untuk ditonton di pawagam di mana sistem visual dan bunyinya lebih gempak, tetapi jika anda tidak sempat menonton di pawagam, nantikan kehadirannya di platform penstriman kerana ia masih cukup menghiburkan untuk tontonan di rumah.