Death on the River Nile [Review]

Review: Death on the River Nile

Genre: Penyiasatan

Sesuai untuk: Mereka yang gemarkan filem penyiasatan hardcore

Death on the river nile

Sinopsis Death on the River Nile

Dalam filem kali ini Hercule Poirot menyiasat pembunuhan taikun hartawan, Linnet Ridgeway, semasa pelayarannya merentasi sungai Nil selepas majlis perkahwinannya di Kaherah, Mesir. Semua yang menyertai ekspedisi itu mempunyai motif untuk membunuh beliau, namun siapakah sebenarnya yang membunuh Linnet? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui jawapannya.

Review

Sebagai penonton filem Death on the Orient Express, admin memang tertunggu-tunggu filem ini. Secara keseluruhannya, filem Orient Express lebih dramatik berbanding River Nile. Namun filem River Nile ini dibentangkan dengan lebih menarik dan mendedahkan lebih banyak mengenai latarbelakang inspektor Hercule Poirot sebagai seorang manusia.

Filem ini menghabiskan hampir separuh filem ini untuk membentangkan latarbelakang setiap watak dan bagaimana mereka mempunyai konflik dengan Linnet Ridgeway. Nampak seperti membazir masa, tetapi ia amat penting bagi mengukuhkan lagi karakter setiap watak dalam filem ini. Ketika Linnet dijumpai mati, memang sukar untuk mengagak siapakah yang membunuhnya kerana semua yang ada di atas kapal tersebut mempunyai alibi mereka dan memang sehingga akhir sekali admin pun tidak dapat mengagak dengan pasti siapakah sebenarnya pembunuh dan bagaimana pembunuhan ia dilakukan. Apabila pembunuh dikenalpasti, admin juga tidak menyangka identiti pembunuhnya, walaupun motifnya masuk akal.

Walaupun misteri pembunuhan ini lebih sukar diagak berbanding dalam filem Orient Express, admin lebih sukakan filem Orent Express mungkin kerana misterinya lebih dramatik dan admin juga berjaya meneka siapa pembunuhnya sebelum identiti beliau diumumkan. Mungkin juga kerana dalam filem River Nile ini, identiti pembunuhnya mungkin telah diteka oleh penonton, tetapi tiada bukti dan bukti yang dikemukakan Poirot memang berdasarkan perkiraan beliau sendiri, bukan sepenuhnya berdasarkan bukti yang dikumpulkan sepanjang penyiasatan.

Apa pun, filem ini merupakan sebuah filem yang dibikin dengan teliti dan banyak mencabar minda. Bagi mereka yang gemarkan filem sebegini, anda tentu akan menyukainya. Cuma anda tidak perlu menonton di wayang, memandangkan kesan khas dan bunyi surround bukan keutamaan filem ini. Menunggu saluran penstriman atau Astro boleh juga dipertimbangkan.

Penilaian: 9/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *