The Batman [Review]

Review: The Batman

Genre: Aksi/penyiasatan

Sesuai untuk: Peminat filem penyiasatan ala The Bone Collector

The Batman

Sinopsis The Batman

The Batman lakonan Robert Pattinson mengisahkan Gothom City yang diselubungi jenayah terancang di mana rakyatnya sudah muak dengan segala janji manis ahli politiknya yang tiada membuahkan hasil dalam mengurangkan jenayah. Keadaan menjadi genting apabila datuk bandar Gothom City telah ditemui mati dengan kejam bersama surat dari The Riddler yang ditujukan kepada Batman.

Dengan itu bermulalah penyiasatan Batman bersama teman seperjuangan di GCPD, Inspector Gordon dalam satu siri pembunuhan yang bakal mendedahkan aktiviti jenayah terancang dikalangan para penguatkuasa yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat. Tontonlah filem berdurasi hampir 3 jam ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sebelum menonton filem ini admin telah membaca dua pendapat daripada penonton mengenai filem ini iaitu samada mereka sangat suka filem ini atau mereka sangat tidak suka filem ini. Namun setelah menontonnya admin tahu kenapa terdapat dua pendapat berbeza ini. Biasanya apabila sebuah filem adiwira diterbitkan, umum mengharapkan ia sebuah filem penuh aksi dan letupan sana sini. Namun jika dilihat dari sejarah watak Batman, terutamanya siri TV zaman 60-70an dan komik asal, watak beliau lebih kepada menyiasat dan menyelesaikan kes berbanding adiwira yang menumpaskan musuh dengan kuasa luarbiasa.

Jadi bagi mereka yang mengharapkan filem aksi ala Marvel, mereka tentu hampa. Tetapi mereka yang suka menonton filem penyiasatan yang memerlukan daya pemikiran dan pemerhatian, filem ini untuk anda. Malah tidak melampau jika admin katakan filem ini memberi pandangan berbeza kepada watak Batman yang selama ini diketengahkan dalam filem-filem Zack Snyder dan Chris Nolan.

Jalan cerita dan tema filem ini memang tepat menggambarkan generasi masa kini yang semakin menyampah dengan rasuah dan korupsi dalam masyarakat serta sudah hilang kepercayaan kepda ahli politik. Malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam penyiasatan pembunuhan-pembunuhan The Riddler sangat peribadi buat Bruce Wayne dan membantu dalam memberi gambaran kepada latarbelakang Batman dalam filem ini (dan filem-filem Batman akan datang).

Babak aksi, walaupun kurang sedikit dalam filem ini, tidak kurang hebatnya dari filem-filem aksi yang menjadi tontonan ramai. Namun harus ditekankan bahawa filem ini disasarkan kepada mereka yang gemarkan filem penyiasatan. Jika anda mengharapkan filem aksi, anda akan tersiksa dalam panggung, dan mungkin juga tidur.

Apa pun admin merekomen anda menonton filem ini jika anda peminat filem penyiasatan. Plot dan plot twist dalam filem ini disusun rapi dan dibentangkan dengan penuh skil. anda pasti berpuas hati.

Penilaian: 9.5/10 (jika citarasa anda kena dengan genre filem ini)

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *