The Last Mercenary – Percubaan Van Damme Untuk Kembali Releven [Review]

Baru-baru ini admin ada tertonton sebuah trailer mengenai filem The Last Mercenary yang dibintangi Jean Claude Van Damme dan admin tertarik untuk menontonnya hanya untuk mengetahui perkembangan terkini pelakon tersebut. Berikut ulasan admin mengenai filem tersebut.

The Last Mercenary

The Last Mercenary – Percubaan Van Damme Untuk Kembali Releven [Review]

The Last Mercenary adalah sebuah filem aksi komedi Perancis mengisahkan seorang ejen rahsia bernama Richard Brumére Perancis yang telah 25 tahun menghilangkan diri terpaksa pulang ke Perancis bagi menyelamatkan anak lelakinya yang mana terdapat orang yang menggunakan identiti anaknya untuk menjual satu senjata rahsia kepada negara asing. Masalahnya, disebabkan kes ini, Richard dan anaknya Archibald diburu pihak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Mampukah Richard menyelamatkan dan membersihkan nama anak dan namanya sendiri? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Filem-filem aksi komedi Perancis mempunyai sejarahnya tersendiri di Malaysia, terutamanya pada awal 2000an ketika admin berada di universiti. Filem-filem seperti District 13 dan siri filem Taxi popular di kalangan pemuda-pemuda Malaysia pada ketika itu. Namun, kedua-dua filem tersebut popular dengan menunggang budaya popular (pop-culture) ketika itu, di mana District 13 menunggang tema “Pakour” untuk mempopularkan filemnya manakala Taxi menunggang kegilaan kereta dan boleh juga dikatakan menunggang popularaiti filem-filem the Fast and Furious.

Tetapi jika dilihat pada zaman sekarang, filem komedi Perancis tidak lagi seperti dahulu. Filem Taxi 5 yang ditayangkan tidak lama dahulu langsung tidak menarik dan boleh dianggap gagal dan filem The Last Mercenary tidak jauh berbeza. Ia tidak mempunyai satu tema yang boleh menarik minat penonton, memandangkan tema agen rahsia ini telah terlalu klise.

The Last Mercenary

Sepintas lalu filem The Last Mercenary menyajikan aksi yang boleh tahan, lawak yang tidak terlalu slapstick dan jalan cerita yang tidak begitu teruk. Ia boleh dikatakan setaraf dengan filem Holywood seperti Stuber dan My Spy. Namun, babak lawannya tidaklah dikoreografi dengan begitu baik dan tidaklah begitu teruk, berpadanan dengan situasi Van Damme yang telahpun sudah berumur. Jalan ceritanya tidak begitu teruk tetapi ia juga taklah sehebat mana. Dengan kata lain filem ini hanyalah sebuah filem hiburan di hujung minggu yang akan dilupakan keesokan harinya.

Tontonlah dalam keadaan santai dan janganlah mengharapkan sebuah masterpiece.

The Last Mercenary

P/S: Admin sarankan anda menonton filem aksi komedi Perancis bertajuk “Wasabi (2001)” lakonan Jean Reno dan Ryoko Hirosue bagi mendapatkan bagaimana tahap filem komedi Perancis di waktu silam.

The Last Mercenary

Positif vs Negatif

Positif

  • Aksi, jalan cerita dan lawak jenaka yang OK
  • Menghiburkan jika anda merendahkan jangkaan.

Negatif

  • Hanyalah sebuah filem aksi komedi biasa-biasa sahaja.

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set –6/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *