Filem Nomadland adalah sebuah filem dram indie yang meningkat naik tahun lalu kerana ia memenangi anugerah Golden Lion di Pesta Filem Venice dan Peoples Choice Awards di Pesta Filem Torronto tahun lalu. Admin telah lama mahu menonton filem ini sejak melanggani Disney+ Hotstar tetapi hanya sekarang sempat menontonnya.
Nomadland – Drama Pengembara Nomad [Review]
Nomadland merupakan sebuah filem drama Indie yang dibikin berdasarkan buku novel bukan fiksyen Nomadland: Surviving America in the Twenty-First Century oleh Jessica Bruder. Ia mengisahkan seorang wanita 60an bernama Fern yang baru kematian suaminya. Beliau hilang pekerjaannya kerana kilang majikannya US Gypsum di Empire, Nevada telah gulung tikar.
Oleh itu beilau menjual segala hartanya dan membeli sebuah van untuk mengembara seluruh Amerika untuk mencari kerja dan makna kehidupan. Dalam pengembaraan beliau bekerja dalam pelbagai kerja, menemui pelbagai ragam orang dan melihat tempat-tempat yang menakjubkan Ikutilah kisah beliau dalam filem Nomadland yang ditayangkan di Disney+ Hotstar.
Review
Pertama sekali, harus diketahui filem ini merupakan filem indie yang memenangi anugerah antarabangsa dan biasanya filem-filem yang memenangi anugerah adalah filem yang deep dan memerlukan penghayatan. Jadi, jika anda jenis penonton yang kurang sabar dan tidak gemar menonton filem yang perlahan dan memerlukan penghayatan, filem ini bukan untuk anda.
Berbalik kepada review, secara keseluruhan kekuatan filem ini adalah sinematografinya yang indah, menampilkan pengembaraan ke pelbagai bentuk muka bumi yang berlainan di seluruh Amerika, ditambahkan pula dengan sountrack piano solo yang mendamaikan dan membuaikan perasaan, ia sememangnya membuatkan anda rindu untuk pergi mengembara atau roadtrip ke seluruh negara. Visual dan soundtrack nya sememangnya serasi untuk mecuit perasaan penonton.
Dari segi jalan ceritanya, kebanyakan perbualan antara karakternya jujur dan tampak tidak diskrip. Itu sememangnya satu ciri filem indie dan kadang-kala memberikannya satu penampilan seperti dokumentari. Jalan ceritanya banyak mengisahkan Fern membincangkan pelbagai topik dengan orang-orang yang dijumpainya termasuk mengenai kehidupan, isu ekonomi kapitalis dan kehidupan nomad. Namun, admin tidak menjangkakan ramai akan berminat dengan tema filem pencarian makna kehidupan seperti yang agak popular di barat.
Kesimpulannya, filem ini bukan untuk semua orang tetapi untuk mereka yang gemarkan filem yang memerlukan penghayatan visual dan kehidupan orang yang berlainan budaya. Kalau anda mahu menonton sebuah filem bagi melayan perasaan, inilah filem untuk anda.
TRIVIA: Filem ini memerlukan kos USD5 juta untuk dibikin dan mengutip USD26.6 juta di box office.
Positif vs Negatif
Positif
- Sinematografi dan sountrack yang superb
- Jalan cerita yang OK
Negatif
- Filem genre ini bukan untuk semua orang
Penilaian
Jalan cerita – 6/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10
Nilai hiburan – 7/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi –9/10