Squid Game Season 3 sememangnya siri Netflix yang paling ditunggu-tunggu di kalangan penonton setia drama Korea. Dengan musim ketiga ini, maka berakhirlah kisah Gi-hun dan permainan Squid Game. Apa kesudahannya? tontonlah siri ini di Netflix untuk mengetahuinya.

Review: Squid Game Season 3
Jika musim pertama Squid Game merupakan yang terbaik dan musim kedua merupakan yang paling menyeronokkan, pendapat mengenai musim ketiga ini berbelah bagi tetapi kebanyakannya kurang memuaskan.

3 episod pertamanya agak menarik dan mampu membuatkan penonton menitiskan airmata, namun episod-episod seterusnya, terutamanya yang terakhir sedikit mengecewakan. Penonton akan dihidangkan dengan permainan-permainan menarik pada episod-episod 1 hingga 4, namun permainan terakhir sedikit sebanyak mengecewakan kebanyakan penonton.

Ini kerana permainan terakhir ini terlalu bergantung kepada kebolehan pemain membuat pakatan dengan pemain lain. Ia lebih berunsurkan politik dan kurang menggunakan skill fizikal. Oleh sebab itu, ia sedikit membosankan bagi sesetengah orang yang kurang gemar tema pakat-pakat dan konspirasi terhadap pemain lain.
Malah bagaimana filem ini menamatkan keseluruhan jalan cerita siri Squid Game ini agak mengelirukan penonton. Jika anda tidak dapat memahami konsep atau pengajaran di sebalik cerita penutup, maka anda akan tentu kecewa dengan pengakhirannya. Banyak watak-watak tidak diberikan pengakhiran yang wajar.

Sebagai contoh Inspektor Hwang menghabiskan keseluruhan episod-episod siri ini untuk mencari pulau di mana Squid Game berlangsung, namun hanya mampu melihat abangnya lari dari pulau itu kerana beliau menjumpai pulau tersebut terlalu lewat. Kiranya watak itu tidak memenuhi fungsinya.

Tetapi secara keseluruhan Siri Squid Game Season 3 tidaklah seteruk sesetengah pihak katakan. Ia berjaya menutup francais tersebut dengan cara yang munasabah, walaupun tidak sebaik yang diharapkan. Ia mempunyai mesej yang agak mendalam mengenai bagaimana manusia berubah menjadi seperti binatang hanya kerana duit. Walaubagaimanapun ia pada pendapat admin, ia merupakan siri paling kurang menarik antara ketiga-tiga musim.






