The Bombardment [Review]

Review: The Bombardment (Netflix)

Genre: Perang/Sejarah

Sesuai: Mereka yang meminati sejarah perang dunia ke 2

The Bombardment

Sinopsis The Bombardment (Denmark)

The Bombardment merupakan satu kisah benar yang berlaku di penghujung perang dunia ke 2 di Copenhagen, Denmark yang ketika itu dijajah tentera Jerman. Pihak pejuang kemerdekaan Denmark pada ketika itu diambang kekalahan di mana ramai agen merek ditangkap pihak Gestapo dan polis tali barut Jerman.

Pihak pejuang kemerdekaan meminta pihak RAF British mengebom ibupejabat Gestapo di bandar tersebut, walaupun terdapat anggota mereka ditempatkan di tingkat paling atas pejabat itu untuk dijadikan perisai manusia. Mengikut sejarah, pengeboman itu berjaya, tetapi telah berlaku juga kesilapan yang menyebabkan sebuah sekolah/gereja dipenuhi kanak-kanak dan guru-guru telah dibom secara tidak sengaja.

Filim ini mengikuti watak kanak-kanak utama Henry dan Rigmor yang melalui pengalaman tersebut.

The Bombardment

Review

Memandangkan filem ini adalah adaptasi sebuah kisah benar, maka ia tiada putaran plot atau jalan cerita yang berbung-bunga. Ia mengikuti watak kanak-kanak bernama Henry yang trauma selepas melihat sebuah teksi ditembak pesawat pejuang British secara tersilap. Melihat semua mayat di dalam kereta tersebut, Henry trauma sehingga tidak lagi berupaya bercakap.

Beliau dihantar ke rumah sepupunya, Rigor dan mereka menyambung persekolahan mereka di Copenhagen. Filem ini mengikuti pengalaman mereka sehingga hari pengeboman itu dan menyelusuri cabaran dan trauma yang dialami mereka. Ia juga mengikuti pengalam seorang anggota polis tali barut Jerman bernama Fedrick yang berkenalain dengan seorang rahib bernama Teressa dan berdialog mengenai kerja yang dilakukan Fedrick yang mengkhianati negaranya.

Jika anda seorang yang meminati filem perang seperi Saving Private Ryan, ini bukan filem anda. Filem ini lebih memfokuskan kepada aspek kemanusiaan watak-watak dan bagaimana mereka menghadapi penjajahan Jerman serta pengeboman pihak British. Ia sebuah filem sejarah, jadi penonton tidak boleh mengharapkan aksi tembak menembak atau sewaktu dengannya.

Dari segi nilai produksi dalam filem ini, pihak produksi tidak kedekut dari segi usaha mereka menghidupkan persekitaran Copenhagen pada penghujung perang dunia kedua. Persekitarannya memang dibikin dengan baik bagi menggambarkan keadaan sebenar di bandar tersebut pada ketika itu.

Kesimpulannya, filem ini adalah filem sejarah dan tidak boleh disamakan dengan mana-mana filem perang yang penuh dengan aksi peperangan. Tontonlah filem ini jika anda peminat filem sejarah dan ada perasaan ingin tahu mengenai keadaan di Denmark pada ketika perang dunia kedua.

Penilaian: 6/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.