The Ambulance [Review]

Review: The Ambulance

Genre: Aksi Sejati

Sesuai untuk: Peminat filem aksi sejati

The Ambulance

Sinopsis The Ambulance

Dua beradik angkat, Danny dan William Sharp telah bergabung untuk merompak sebuah bank. Semasa rompakan, perkara yang tidak dijangka telah berlaku dan mereka akhirnya terpaksa mengambil alih sebuah ambulans untuk membolehkan mereka melarikan diri. Di dalam ambulans tersebut terdapat seorang paramedik bernama Cam dan anggota polis yang mereka tertembak semasa melarikan diri.

Dapatkah mereka melarikan diri dari polis? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

The Ambulance

Review

Jika anda biasa menonton filem-filem Michael Bay, anda tentu sudah tahu apa untuk dijangka. Filemnya biasanya mempunyai gaya aksi yang unik dan mudah dicam. Walaupun filem-filem beliau kebelakangan ini seperti Transformers: The Last Knight dan 21 Underground kurang menyengat, filem ini berada di sebelah filem-filemnya yang OK.

Seperti kebanyakan filem-filem aksi arahan Michael Bay, filem ini tidak mempunya jalan cerita dan plot yang kompleks, malah plotnya sangat ringkas. Ia menceritakan bagaimana kedua adik beradik angkat itu melarikan diri dari polis setelah merompak bank. Tetapi filem ini dari awal hingga ke akhir dipenuhi babak-babak aksi mendebarkan tanpa henti. Ia cuma berhenti di satu dua tempat, itu pun tidak lama. Jadi, jika anda peminat filem aksi, admin jamin 99.9% anda pasti terhibur menonton filem ini.

Penggunaan teknik penggambaran menggunakan dron juga termyata memberikan satu sudut pandang baru kepada filem aksi, namun penggunaannya yang terlaluu banyak di sesetengah babak dilihat tidak perlu dan membazir.

Lakonan kedua watak utama sememangnya berkesan dan keduanya mempunyai chemistry yang tinggi dalam filem ini. Jake Gyllenhaal memang selalu melakonkan watak yang sedikit gila dan watak Danny dalam filem ini memang 110% sesuai dengannya, manakala watak will lakonon Yahya Abdul Mateen merupakan watak yang bertentangan dengannya. Kedua-dua membawa watak dengan penuh berkesan.

Secara keseluruhan, filem The Ambulance ialah sebuah filem aksi sejati yang dijamin akan menghiburkan semua peminat filem aksi. Namun jalan cerita yang agak ringkas tidak memungkinkan mereka memenangi anugerah Oscar.

Penilaian: 8/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.