Review: Everything Everywhere All At Once
Genre: Aksi / Komedi / Sci-fi
Sesuai untuk: Semua lapisan masyarakat
Sinopsis Everything Everywhere All At Once
Dalam filem Everything Everywhere All At Once, Evelyn Wang, seorang wanita pertengahan umur mengusahakan sebuah dobi bersama suaminya. Beliau dikerjar IRS (LHDN versi Amerika) kerana pelbagai kepincangan dalam audit syarikatnnya. Hidupnya membosankan dan dia sering terbayang-bayang kehidupannya jika beliau mengejar minat-minat sebenar beliau.
Satu hari di bangunan IRS, beliau telah didedahkan kepada muiltiverse di mana setiap pilihan yang beliau pernah terfikir untuk lakukan mewujudkan satu cabang realiti dalam multiverse. Beliau boleh mengakses kebolehan dirinya dalam multiverse lain untuk digunakan dalam usahanya melawan Jobu Tupaki, iaitu seorang yang ingin memusnahkan multiverse.
Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Pandangan pertama, filem Everything Everywhere All At Once sememangnya sebuah filem yang funky dan jujur dalam erti kata anda boleh lihat dengan jelas pembikin filem ini sememangnya enjoy membuat filem ini serta tidak kedekut idea untuk disumbangkan dalam pembikinan filem ini. Ia menggabungkan elemen funky, aksi Kung-fu yang serious dan lawak jenaka yang bersahaja.
Walaupun konsep multiverse banyak digunakan dalam filem Marvel, konsep yang digunakan dalam filem ini agak berlainan. Ia mirip konsep dalam siri Netflix Sense 8, tetapi watak utama boleh mengakses bakatnya dalam berbilang universe, berbanding mengakes bakat orang lain dalam Sense 8.
Anehnya, banyak props yang digunakan dalam filem ini, tampak jelas bajet rendah, umpama filem-filem indie yang tak cukup bajet. Namun, admin jamin jalan ceritanya lebih dari cukup untuk mengatasi kelemahan (yang mungkin disengajakan) tersebut.
Jalan ceritanya tidak begitu kompleks, namun anda perlu menumpukan perhatian kepada peraturan-peraturan penggunaan alat untuk mengakses multiverse kerana banyak lawak jenakanya bergantung kepada pemahaman anda kepada konsep dan peraturan multiverse tersebut.
Bercakap mengenai lawak jenakanya, ia memang lucu, malah telah lama admin tidak gelak sekuat ini dalam panggung wayang. Ditambah dengan aksi berlawan menggunakan kung fu tahap setaraf Ip Man, filem ini sah menjadi filem yang wajib anda tonton tahun ini. Admin jamin anda akan berpuas hati menonton filem ini.
Walaubagaimanapun, mesej kekeluargaan yang ingin disampaikan dalam filem ini agak kompleks dari segi emosinya. Admin jangka tidak semua orang dapat tangkap mesej emosi yang hendak disampaikan filem ini, namun admin boleh jamin semua akan terhibur menontonnya.
Penilaian: 9/10