Black Crab [Review]

Review: Black Crab (Netflix)

Genre: Aksi

Sesuai untuk: Peminat filem aksi 18 tahun ke atas

Black Crab

Sinopsis Black Crab (Sweden)

Filem Black Crab mengisahkan di masa hadapan, negara Sweden telah hampir tewas dalam peperangan. Pemimpin tentera telah memilih 6 orang askar untuk menyertai satu misi untuk membawa kapsul rahsia kepada sebuah makmal tentera yang berada di seberang lautan 100+km dari kedudukan markas mereka.

Akibat cuaca global tidak menentu, lautan yang mengelilingi Sweden telah beku, membolehkan mereka bergerak ke makmal tersebut menggunakan peluncur ais. Dapatkah mereka menghantar kapsul tersebut? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Black Crab

Review

Pengalaman admin menonton filem-filem yang menjadikan Noomi Rapace sebagai watak utama adalah lakonannya selalu mantap, terutamanya babak aksi dan babak aksinya juga realistik, bukan dibuat-buat untuk nampak “cool“. Filem Black Crab tidak terkecuali.

Admin telah menonton trailer filem ini dua minggu lalu dan nampak teruja menontonnya. Namun secara umum, admin filem ini tidak mememenuhi harapan yang admin letakkan padanya. Idea filem ini satu idea yang baik iaitu pengembaraan sepasukan tentera untuk menghantar kapsul ke destinasi menggunakan peluncur ais. Executionnya juga baik. Babak-babak perangnya memang mendebarkan, walaupun pendek-pendek dan tidak ditokok tambah untuk nampak “cool” seperti yang dilakukan Holywood. Watak yang mati, akan mati dengan begitu sahaja, tiada babak dramatik yang ditokok tambah.

Prop, lokasi, sinematografi semuanya mantap dan kesan bunyinya juga realistik. Kesan CGI juga agak baik, walaupun bukan yang terbaik,

Apa yang kurangnya adalah jalan ceritanya yang agak lopong. Tidak banyak kepelbagaian dalam cabaran yang dihadapi pasukan tentera itu. Tambahan pula, kesudahan filem ini agak menghampakan dan tergantung, Agaknya itulah sebabnya admin terasa filem ini sekejap sahaja.

Kesimpulannya, filem Black Crab secara teknikalnya sebuah filem yang mantap. Sinematografi, babak aksi dan props semuanya mantap. Namun jalan ceritanya kurang memberangsangkan, menyebabkan penonton tidak berasa puas menontonnya. Filem ini memang sesuai untuk ditayangkan di Netflix kerana ia pasti gagal jika di pawagam.

Penilaian: 7/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *