Review: Midnight at the Pera Palace (Netflix)
Genre: Adventure/sejarah
Sesuai untuk: Semua lapisan masyarakat
Sinopsis Midnight At the Pera Palace (Turki)
Mengisahkan Esra, seorang jurnalis yang ditugaskan untuk menulis artikel mengenai hotel bersejarah yang terkenal di Istanbul, Pera Palace. Di hotel tersebut beliau ditemani Ahmed yang menjadi tour guide kepadanya dan menceritakan sejarah hotel tersebut. Antaranya termasuk misteri satu bilik hotel yang pernah dihuni seorang wanita bernama Peride yang dikatakan merupakan kekasih Mustafa Kemal Atartuk dan menyelamatkan beliau dari cubaan membunuhnya.
Tanpa disengajakan , Esra mendapat satu kunci yang membawanya ke tahun 1919, tidak lama sebelum cubaan membunuh dibuat ke atas Mustafa Kemal. Tanpa disengajakan, Esra telah melakukan sesuatu untuk mengubah sejarah. Ditemani Ahmed yang mengetahui mengenai kuasa misteri hotel tersebut sebagai satu portal masa, mereka bersama cuba mengembalikan sejarah ke laluan asal. Dapatkah mereka melakukannya? Tontonlah siri ini di Netflix.
Review
Umum mengetahui mengenai konten dari Turki yang bejaya menarik perhatian dunia seperti siri Ertugul dan siri filem Iccin. Midnight at the Pera Palace merupakan siri adventure sejarah yang diilhamkan oleh sejarah sebenar perjuangan Mustafa Kemal Attarturk memperjuangkan kemerdekaan Turki. Namun, fokus utama siri TV ini bukanlah 100% berdasarkan kisah benar, sebaliknya (admin percaya) hanya satu kisah fiksyen berlatarbelakangkan detik sejarah penting Mustafa Kemal Attarturk.
Admin tidak tahu banyak mengenai sejarah Turki, tetapi watak-watak dalam siri ini admin rasa separuhnya fiksyen, separuhnya ada kebenarannya dalam sejarah Turki. Oleh sebab admin tidak tahu banyak mengenai sejarah Turki jugalah admin tidak dapat 100% menghayati jalan cerita dan plot twist dalam siri ini. Apa pun Pera Palace adalah sebuah hotel mewah sebenar di Istanbul dengan harga bilik sekitar RM900 satu malam.
Sungguhpun terdapat banyak plot twist dalam siri ini, cara filem ini dibentangkan mudah difahami dan selagi penonton menumpukan perhatian, pasti akan dapat memahami jalan ceritanya. Admin boleh katakan penulisan skrip dan pengolahan jalan cerita dibuat dengan baik untuk sebuah siri TV. Tiada sebarang babak yang cheezy, pelik atau sukar difahami dalam siri ini.
Jalan ceritanya memerlukan sedikit pemikiran dan kesabaran, namun ia tetap menghiburkan.
Apa yang agak mengejutkan adalah prop dan set yang digunakan dalam filem ini berkualiti tinggi, walaupun kebanyakan latarbelakang selat Bosphrous jelas sekali menggunakan green screen. Ia banyak memaparkan Istanbul pada awal abad ke-20, dan segala persekitaran bandar, kereta dan penampilan orang-orang semuanya digambarkan dengan baik. Tiada penggunakan prop tangkap muat sahaja.
Perwatakan Esra yang menonjol dan “independent” juga membolehkan penonton membezakan mindset orang Turki tradisional zaman Othmanniyah dengan orang moden.
Walaubagaimanapun, harus diberi amaran supaya jangan terkejut dengan adegan bercium mulut dalam siri ini. Jika anda tidak pernah mengenali budaya sekular Turki dalam dunia sebenar, anda mungkin terkejut dengan adegan sebegini. Namun, ia tiada babak aksi ghairah yang melampaui batas.
Secara kesimpulannya, admin merekomen anda menonton siri Netflix Midnight at the Pera Palace. Admin berjaya menonton kesemua 8 episod siri ini dalam satu hari. Mungkin anda juga boleh?