Restless [Review]

Review: Restless (Netflix)

Genre: Komedi gelap (Dark Comedy)

Sesuai untuk: 18 Tahun ke atas dan mereka yang minat filem bahasa asing (Perancis).

Restless

Sinopsis Restless

Filem Perancis Restless mengisahkan seorang anggota polis Perancis yang korup bernama Thomas telah melanggar lari seorang awam semasa memandu ke tempat di mana mayat ibunya di sediakan sebelum dikebumikan. Selepas gigih menyorokkan mayat tersebut, beliau kemudiannya dihantui seorang saksi yang sering menelefonnya. Siapakah beliau dan dapatkah Thomas melepaskan diri darinya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Filem berbahasa Perancis bertajuk Restless ini bukanlah sebuah filem aksi sepenuhnya walaupun terdapat beberapa babak berlawan dan tembak-menembak, sebaliknya ia lebih kepada penyiasatan di mana Thomas mula menyiasat siapa sebenarnya yang mengugutnya melalui telefon dan apa kaitan beliau dengan orang yang dilanggarnya. Lakonan pelakon-pelakon utamanya memang baik dan meyakinkan tetapi babak lawan mereka seperti di tahap berlawan di bar sahaja. Tiada seni.

Pada awalnya, filem ini memperlihatkan genre komedi gelapnya yang menarik, terutamanya melihat kegigihan Thomas untuk menyorokkan mayat orang yang dilanggarnya. Memang lucu. Namun selepas bahagian awal itu filem ini semakin lama semakin serious dan kemudiannya tidak lagi lucu. Ia menjadi lebih kepada filem bagaimana seorang pesalah mengelak dari ditangkap dan semakin lama admin tonton semakin ia kelihatan seperti filem biasa-biasa sahaja. Kesudahannya yang agak terlampau tidak munasabah pula menggagalkan filem ini bagi admin.

Pada mulanya juga, admin memasang filem ini dalam bahasa Perancis, tetapi kerana mereka cakap terlalu cepat admin menukarkan saja kepada alih bahasa ke bahasa Inggeris. Ia masih sebuah filem yang boleh ditonton dalam alih bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, filem Restless ini hanyalah sebuah filem Netflix yang tipikal untuk mengisi jadual pelancaran filem baru setiap bulan. Ia sesuai ditonton di rumah, hanya untuk mengisi masa lapang. Lebih kurang seperti filem Cop Shop yang admin review tidak lama dahulu.

Penilaian: 6/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.