Old Enough ! (Netflix)
Jika anda adalah pengguna media sosial, tentu anda pernah terserempak dengan video yang dikongsi yang menunjukkan kanak-kanak Jepun melakukan tugasan seperti pergi ke kedai untuk membeli keperluan dan sebagainya. Rancangan tersebut bertajuk “Old Enough !” dan ia kini mula ditayangkan di Netflix.
Mengenai Rancangan Ini
Rancangan Old Enough ! memaparkan gelagat kanak-kanak sekitar 2-3 tahun melakukan pelbagai tugasan untuk keluarga dan melakukannya samada seorang diri atau dengan teman sebaya. Gelagat mereka dirakam oleh jurukamera yang menyamar sebagai orang awam. Walaupun rancangan ini sangat ringkas, tetapi ia memang menghiburkan dan kadang-kala menyentuh perasaan. Setiap episod lebih kurang 10 minit, tetapi ada episod yang lebih panjang dari 10 minit.
Admin merekomen anda menontonnya bersama anak kecil atau saudara mara yang mempunyai anak. Anda pasti terhibur.