Sonic the Hedgehog 2 [Review]

Review: Sonic the Hedgehog 2

Genre: Adventure

Sesuai untuk: Kanak-kanak dan remaja.

Sinopsis Sonic the Hedgehog 2

Menyambung kisah filem Sonic The Hedgehog, sekuelnya, Sonic the Hedgehog 2 menceritakan bagaimana Dr Robotnic berjaya kembali ke bumi dari planet cendawan dengan bantuan “rakan” barunya Knuckles the Echidna. “Kebetulan” pula, Knuckles juga mempunyai masalah dengan Sonic dan perlu mencarinya. Di sini bermula lah pakatan antara Dr Robotnic dengan Knuckles.

Bagaimana kesudahannya? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Review

Dalam review filem asal Sonic The Hedgehog, admin memberi komem bahawa filem ini “boleh tahan” sahaja. Setelah menonton sekuelnya Sonic the Hedgehog 2 admin kini faham kenapa siri filem ini akan sentiasa berada di tahap “boleh tahan” sahaja, iaitu kerana ia sebuah filem khusus untuk kanak-kanak dan remaja.

Perkara ini jelas daripada jenis aksi dan lawak jenaka yang ditampilkan yang lebih disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja, bukan dewasa. Golongan dewasa boleh menonton filem ini, namun ia tidaklah kelakar atau menghiburkan mengikut selera orang dewasa.

Sonic the Hedgehog 2

Sungguhpun demikian, pada pendapat admin, jika anda seorang kanak-kanak atau remaja, filem ini memang menghiburkan. Plotnya mudah tetapi berisi, watak-watak baharu Tales dan Knuckles direka dengan baik sekali dan animasi CGInya juga boleh tahan. Cuma filem ini lebih memfokuskan kepada 3 watak Sonic, Tales dan Knuckles, sementara watak-watak manusia menjadai watak sampingan. Tambahan pula, filem yang berdurasi 2 jam ini tidak terasa lama, sebaliknya terasa cukup padat dan “just nice” bagi mereka yang menontonnya.

Kesimpulannya, filem ini sesuai jika anda ingin membawa anak-anak atau saudara mara remaja anda untuk menontonnya. Jika anda dewasa, jika setakat untuk merasa nostalgia bermain permainan video Sonic semasa muda, anda tentu akan sukakan filem ini. Jangan lupa juga untuk menonton babak pasca kredit untuk mengetahui apa yang akan menjadi tema kepada sekuel filem ini pula.

Penilaian: 7/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.