Doctor Strange in the Multiverse of Madness [Review]

Review Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Genre: Aksi/Adventure

Sesuai untuk: Semua lapisan masyarakat

Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Sinopsis Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Seorang budak perempuan bernama America Chavez yang mempunyai kuasa untuk merentasi multiverse telah dikejar satu pihak yang tidak dikenali yang ingin merampas kuasanya itu untuk kepentingan diri sendiri. Setelah hampir ditangkap di universe nya, beliau yang tidak tahu mengawal kuasanya telah secara tidak sengaja melompat ke universe Doctor Strange yang kita kenali.

Berjayakah America Chavez melarikan diri dari pihak yang ingin merampas kuasanya dan dapatkah Doctor Strange membantu? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Review

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness sedikit kecoh kerana telah diharamkan di beberapa negara timur tengah kerana memaparkan unsur LGBT dalam filem tersebut. Di sini admin akan menggambarkan babak tersebut untuk anda membuat keputusan samada hendak memboikot filem ini atau tidak.

Babak tersebut sebenarnya adalah flashback memori America Chavez di mana semasa kecil beliau telah secara tidak sengaja mengaktifkan kuasanya untuk mewujudkan portal untuk ke universe lain, tetapi ini telah menyebabkan dua orang ibunya disedut ke dalam portal tersebut dan sehingga kini beliau tidak berjumpa mereka lagi serta menganggap kedua ibunya mati. Isunya ialah kedua orang ibunya yang secara logiknya akan diterjemahkan sebagai satu pasangan lesbian.

Beralih kepada review, adalah baik jika anda telah menonton siri Wanda Vision dan filem Spiderman No Way Home untuk memahami beberapa perkara asas mengenai filem ini. Namun, jika anda belum menontonnya pun tidak mengapa, anda masih boleh memahami jalan cerita filem ini. Cuma anda mungkin tidak faham rujukan-rujukan kepada siri Wanda Vision yang agak banyak juga.

Secara keseluruhannya jalan cerita filem ini berada di tahap yang anda harapkan terhadap sebuah filem MCU. Babak aksi terbaik, lawak jenaka bersahaja dan jalan cerita yang mendebarkan. Memang admin boleh jamin anda pasti terhibur. Selain babak LGBT, tidak ada babak kontorversi lain, malah babak tersebut akan dilupakan dalam filem berdurasi 2 jam 6 miniti dengan 2 babak pasca kredit. Ia tidak boleh lawan filem Avengers Endgame, namun tetap menghiburkan.

Bagi mengelak spoiler, admin tamatkan di situ sahaja. Selamat menonton!

Penilaian: 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.