Megan mengisahkan kanak-kanak perempuan bernama Cady yang kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan dan kini tinggal bersama ibu saudaranya Gemma yang merupakan seorang pereka robot / AI. Oleh kerana Gemma yang masih bujang tidak pandai menjaga kanak-kanak, beliau mula menyempurnakan robot AI ciptaannya bernama Megan (ditulis M3GAN) yang telah rosak dan ditolak pembangunannya oleh pihak pengurusan syarikatnya, Funki.
M3GAN kemudiannya dipasangkan dengan Cady dan hidupnya berubah. Tapi tidak seperti anda sangka. Apakah yang akan berlaku? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.
Megan – Filem seram Robot AI [Review]
Megan merupakan sebuah filem sci fi seram yang menggabungkan elemen sci fi kecerdasan buatan (AI) dengan keseraman filem-filem seperti Childsplay. Anehnya ramai menyangkakan filem ini adalah filem kanak-kanak, lalu membawa anak-anak sekolah rendah ke panggung untuk menonton filem ini. Diingatkan filem ini memaparkan keganasan dan darah yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Review
Secara keseluruhan, filem ini agak menarik bagi anda yang gemarkan filem seram bertemakan sci-fi. Bahagian sci-fi padanya tidak sukar untuk difahami dan jalan ceritanya juga tidak berat. Namun, masalahnya dengan jalan cerita yang mudah adalah filem ini terasa pendek dan kurang mencabar dari segi elemen teka-tekinya.
Ia juga memasukkan elemen kekeluargaan, terutamanya keibubapaan yang mana menunjukkan kesan pengabaian kasih sayang ibu bapa kepada anda serta kesan pergantungan gajet dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Ibu bapa yang sering mengabaikan anak mohon terasa.
Seperti disebut awal tadi, filem ini kurang sesuai untuk kanak-kanak. Mungkin ibu bapa tertipu dengan iklan filem ini yang menunjukkan robot yang ramah mesra lalu membawa anak mereka menonton filem ini setelah menonton Mechamato. Namun, ia tidak seperti yang mereka sangkakan.
Kesimpulannya filem Megan ini tidak kurang seperti sebuah filem seram yang santai dan tidak perlu diambil terlau serious seperti francais filem the Conjuring. Anda besar kemungkinan akan menonton sekali dan melupakannya. Selamat menonton kepada anda!