Sonic The Hedgehog – Adaptasi Permainan Video Yang Boleh Tahan

Umum mengetahui bahawa tayangan Sonic the Hedgehog telah ditunda kerana respon dari orang ramai mengenai rupa bentuk Sonic yang korang memuaskan dalam trailer pertama filem tersebut. Kini rupa bentuk Sonic telah diperbaiki, ia kini telah ditayangkan di pawagam. Kami sempat menontonnya dan kini kami ingin berkongsi pendapat kami mengenai filem tersebut.

Sonic The Hedgehog – Adaptasi Permainan Video Yang Boleh Tahan

Sonic the Hedgehog mengisahkan Sonic, seekor landah biru yang mempunyai kuasa luarbiasa berlari pantas dan mempunyai kuasa elektrik luarbiasa. Olehkerana kuasa luarbiasa beliau, beliau dikejar golongan tidak bertanggungjawab yang ingin mendapat kuasa yang beliau miliki.

Untuk itu beliau terpaksa berlari dari planet ke planet untuk menyorok menggunakan cincin-cincin emas sebagai portal ke dunia lain. Kini beliau menyorok di bumi, menyorok di kawasan hutan pekan Green Hills, Montana. Suatu hari, beliau membuat kesilapan yang menyebabkan beliau dikesan oleh kerajaan Amerika yang kemudiannya menghantar Dr Robotnik untuk menyiasat.

Apakah yang akan terjadi dengan Sonic? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sonic the Hedgehog merupakan icon permainan video zaman 90an, jadi admin tidak berapa pasti setakat mana popularitinya dikalangan kanak-kanak zaman sekarang. Pada zaman admin di sekolah, jenama permainan video SEGA tidak lari dari watak Sonic memandangkan ia merupakan permainan video utama konsol tersebut. Apa pun, populariti filem ini di Amerika menunjukkan watak ini masih releven di kalangan kanak-kanak.

Sonic The Hedgehog

Perkara pertama sekali yang perlu dibincangkan adalah rekabentuk watak Sonic yang dahulunya menhampakan. Sukacita dimaklumkan bahawa rekaan watak protagonis utama telah diperbaiki dengan baik sekali. Penampilannya comel, sesuai dengan perwatakannya yang cerita dan bertenaga. CGInya juga berada di tahap yang memuaskan serta rekabentuk robot dan peralatan Dr Robotnik juga meyakinkan untuk sebuah filem adaptasi permainan video. Jim Carey juga merupakan orang yang tepat untuk membawa watak “live action” Dr Robotnik.

Plotnya bukan sesuatu yang baharu, tetapi memandangkan ia sebuah filem kanak-kanak dan remaja, it bukan sesuatu  yang menjadi “deal breaker“. Jalan ceritanya berkembang pada kadar yang munasabah dan kandungan jalan ceritanya OK. Namun, mungkin admin agak terlalu tua untuk lawak jenakanya. Malah secara keseluruhannya, filem ini tidak berapa menonjol kepada penonton yang lebih berumur, walaupun zaman kanak-kanak penonton itu dimeriahkan oleh permainan video dan kartun Sonic the Hedgehog.

Pada akhirnya, ia sebuah filem adaptasi permainan video yang baik, cuma golongan yang membesar di zaman kegemilangan watak Sonic berkemungkinan besar terlalu matang untuk genre filem sebegini. Namun jika anda hanya mahu menonton filem in atas dasar nostalgia, ia bukan sebuah filem yang teruk. Anda boleh lah membawa anak-anak anda menontonnya. Mereka pasti sukakan filem ini. Dengan kata lain, umur anda akan menentukan samada anda akan sukakan filem ini atau tidak.

Sonic The Hedgehog

Positif vs Negatif

Positif

  • Rupa bentuk Sonic yang memuaskan
  • CGI yang OK
  • Jalan cerita yang memuaskan

Negatif

  • Mungkin tidak begitu menarik bagi mereka yang lebih matang
  • Lebih sesuai untuk kanak-kanak

Sonic The Hedgehog

Kesimpulan

Sonic The Hedgehog merupakan sebuah adaptasi permainan video yang baik. Watak Dr Robotinik, robot-robot ciptaannya diterjemahkan dari permainan video ke live action dengan baik.  Cuma mungkin jalan ceritanya yang berada di tahap remaja/kanak-kanak mungkin sedikit menghampakan bagi golongan yang membesar di zaman kegemilangan Sonic The Hedgehog. Namun tidak salah untuk anda menonton filem ini, sebagai seorang peminat lama watak tersebut. Mungkin disebabkan ini merupakan filem pengenalan, beberapa aspek filem ini belum lagi diperkembangkan. Tetapi sebagai galakan (spoiler), sebuah sekuel akan hadir dengan memperkenalkan watak Tails di masa hadapan. Jadi nantikan pula sequal itu!

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –8/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *