The Gentlemen – Filem Gangester yang ada Class

Apabila bercakap tentang filem-filem gangster, biasanya filem-filem gangster Hong Kong yang menguasai pasaran box office. Tetapi filem gangster British sebenarnya ada keunikannya tersendiri, terutamanya yang diarahkan Guy Richie seperti The Gentlemen ini. Jika anda biasa menonton filem-filem beliau, beliau mempunyai teknik penceritaan dan penggambaran yang unik dan apa bila anda menonton filemnya, anda akan tahu filem tersebut adalah arah beliau. Kami sempat menonton filem ini baru-baru ini dan berikut pendapat kami mengenainya.

The Gentlemen – Filem Gangester yang ada Class

The Gentlemen mengisahkan seorang “ahli peniagaan” Amerika, Mickey Pearson yang ingin menjual operasi penghasilan ganja miliknya di London. Ini mencetuskan plot penculikan, rasuah dan ugut-mengugut dalam usaha merebut perniagaan ganja tersebut secara murah.

Sementara itu seorang penyiasat persendirian bernama Fletcher telah mengumpul maklumat lengkap mengenai plot tersebut dan cuba menjual maklumat itu kepada pembida tertinggi terdiri dari agensi media dan pihak Mickey sendiri. Apakah natijah perebutan ini? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Pertama sekali filem The Gentleman ini, dan mana-mana filem British arahan Guy Richie biasanya memerlukan penonton mempunyai pemahaman mengenai budaya  British untuk membolehkan penonton benar-benar menghargai plot dan teknik penceritaannya. Filem ini banyak memaparkan kelas-kelas gangster berlainan dalam masyarakat London. Kumpulan Mickey Pearson adalah gangster “Gentlemen” yang mempunyai tatacara bekerja yang professional dan pertimbangan yang baik. Kumpulan Dry Eye mewakili gangster imigran China generasi kedua yang mempunyai budaya yang agak berlainan, kurang “refined” dan kurang sabar. Manakala, kumpulan yang diketuai Coach, merupakan gang kelas pertengahan yang sedar mereka di tahap mana. Tidak dilupakan juga Big Dave yang mempunayi empayar media yang besar dan ingin mengambil kesempatan ke atas kisah di sebalik perebutan perniagaan ganja ini. Jadi, semua kumpulan ini mempunyai karekternya tersendiri yang unik dan inilah yang menjadikan filem ini menarik serta pasti akan diingati.

Gentlemen

Pendek kata, kekuatan utama filem ini adalah karekternya dan pelakon-pelakon yang melakonkan watak-watak tersebut. Bakat-bakat seperti Matthew McConaughey, Charlie Hunnam, Hugg Grant, Collin Farrel dan juga hero Malaysia, Henry Golding dengan bakat semulajadi mereka sememangnya menghidupkan watak-watak masing-masing menjadi karekter yang pasti melekat di minda penonton.

Teknik penceritaan secara narratif juga memberi kekuatan kepada filem ini. Sebahagian besar plot filem ini diceritakan oleh Fletcher kepada Ray, yang merupakan orang kanan Mickey, dalam usahanya untuk memeras 20 juta Pound dari kumpulan mereka. Teknik ini tidak konvesional tetapi telah banyak digunakan dalam filem Guy Richie, terutamanya dalam filem-filem Sherlock Holmes. Teknik ini mempunyai dua kebaikan iaitu, pertama jalan ceritanya diterangkan secara jelas oleh Fletcher, jadi penonton dapat memahami jalan cerita dengan mudah dan kedua, ia memberi ruang kepada pelbagai lawak jenaka sepontan ketika bercerita.

Gentlemen

Dari segi babak aksinya, filem ini tidak begitu banyak babak aksinya kerana sebahagian besar filem ini menggabungkan pelbagai babak yang berkait antara satu dengan lain yang ditulis secara bijak dan menghiburkan bagi menceritakan plot keseluruhan.  Harus diingat, filem ini hanya untuk penonton 18 tahun ke atas kerana penggunaan bahasa kasar, paparan keganasan dan sedikit kelucahan. Filem ini boleh dikategorikan sebagai komedi gelap.

 

Positif vs Negatif

Positif

  • Plot, jalan cerita dan teknik penceritaan yang terbaik!
  • Lakonan mantap dan berkarisma

Negatif

  • Watak Dry Eyes lakonan Henry Golding kurang memberangsangkan
  • Lakonan watak Mathew juga agak kaku.

Gentlemen

Kesimpulan

Apa pun, filem The Gentlemen sememangnya sebuah filem komedi gelap yang sangat menghiburkan, bijak dan lucu dengan kekuatannya pada teknik penceritaan. Kami sangat merekomen anda menonton filem ini di pawagam dan bawalah rakan-rakan ada menontonnya (tidak sesuai untuk keluarga). Banyak perkara tidak dapat digambarkan dengan perkataan. anda cuma perlu menonton filem ini untuk mengetahui apa yang kami maksudkan.

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –8/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 9/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *