Matrix Resurrections – Perosak atau Penyambung Legasi? [Review]

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sequel kepada trilogy yang telah tamat pada tahun 2003 telah mula ditayangkan di pawagam. Matrix Resurrections merupakan filem keempat dalam siri filem The Matrix dan admin memang menunggu untuk menonton filem ini. Admin telah menontonnya semalam dan berikut adalah pendapat admin mengenainya.

Matrix Resurrections – Perosak atau Penyambung Legasi? [Review]

Matrix Ressurections berlangsung dalam satu masa yang lama selepas filem Matrix Revolutions. Neo, atau Thomas Anderson bekerja sebagai seorang pembangun permainan video dan memori beliau sebagai Neo telah dipadam, digantikan dengan satu personaliti pembangun permainan video.

Dalam realiti sedia ada ini, triologi Matrix merupakan permainan video yang dibangunkan beliau dan kehidupannya dihabisakan dengan membangun serta mengemaskini permainan video. Perkara sama berlaku kepada Trinity, yang kini dipadam ingatannya dan digantikan dengan watak Tiffiny, seorang ibu kepada 3 orang anak.

Kini sepasukan pemberontak berusaha untuk mengembalikan ingatan dan tujuan hidup Neo untuk menentang pihak di sebalik the Matrix. Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sebenarnya babak-babak pembukaan filem ini telah banyak dibentangkan dalam trailer-trailer yang dipromosikan di media sosial. Jadi expectation admin untuk babak pembukaan agak sama dengan semasa menonton trailer sebelum ini. Tetapi sebagai penonton trilogi Matrix yang asal ada beberapa perkara yang admin perasan semasa menonton filem ini.

Paling ketara ialah ia banyak menyiarkan flashback yang berkaitan dengan setiap babak bagi mengenang kembali apa yang berlaku dalam trilogi asal. Namun, anda masih perlu menonton trilogi asal untuk memahami apa yang berlaku dalam filem terbaharu ini. Jika anda tidak menonton memang filem Matrix Resurrections tidak masuk akal bagi anda.

Matrix Resurrections

Kemudian, agak ketara melihat Neo dan Trinity sudah agak lanjut usia mereka dan tidak selincah dahulu. Jadi, aksi-aksi berlawan mereka tidaklah sehabat dahulu. Semua aksi-aksi yang lincah ditampilkan oleh watak-watak baharu yang lebih muda. Bercakap mengenai watak-watak baharu, filem ini banyak memfokuskan kepada watak Neo dan Trinity menyebabkan watak-watak baru agak tenggelam. Cuma watak Bugs dan Morpheus muda sahaja yang menonjol antara semua watak baharu.

Sejujurnya ada beberapa babak di sepanjang filem ini yang admin tidak dapat tangkap kerana admin tertidur berkali-kali semasa menonton filem ini. Ini disebabkan jalan ceritanya agak mendatar. Walaupun babak aksinya mendebarkan, ia tidak disokong oleh jalan cerita yang begitu kuat. Tetapi secara keseluruhan, admin merasakan setelah menonton filem ini admin mula menjangkakan filem ini dibikin untuk menjadi asas kepada satu seri filem The Matrix baharu.

Kemudian admin terbaca di media sosial bahawa para pelakon filem The Matrix Resurrection ini telah bersetuju untuk membuat sequel kepada filem tersebut. Walaupun ia belum disahkan pembikin filem itu, admin rasakan bedasarkan kesudahan filem ini, sebuah sekuel memang tidak dapat dielakkan.

Matrix Resurrections

Kesimpulannya, jika anda peminat tegar trilogi The Matrix, filem ini perlu ditonton. Namun jika anda tidak pernah menonton trilogi tersebut, tontonlah filem-filem tersebut sebelum menontonnya. Astro melalu HBO Go ada menyiarkannya. Begitu juga dengan Netflix. Namun sejujurnya admin agak kecewa dengan filem ini. Ia bukan seperti yang diharapkan. Ia lebih seolah satu jambatan kepada satu siri sequel yang akan dibuat untuk generasi baharu yang tidak melalui zaman trilogi The Matrix asal.

Positif vs Negatif

Positif

  • Aksi mendebarkan
  • Banyak rujukan kepada filem-filem terdahulu

Negatif

  • Jalan cerita yang mengelirukan dan mendatar
  • Tidak mencapai tahap kehebatan yang diharapkan

Matrix Resurrections

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *