Prebet Sapu – Wakil Malaysia Ke Oscar [Review]

Dalam seminggu ini banyak diperkatakan mengenai filem Prebet Sapu arahan Muzzamer Rahman dan dilakonkan oleh Amirul Affendi dan Lim Mei Fen. Kebanyakannya positif, namun admin mahu memberi pendapat admin sendiri mengenai filem ini dan kerana itulah admin pergi menonton sendiri filem ini di pawagam. Di sini admin berkongsi pendapat admin mengenainya.

Prebet Sapu

Prebet Sapu – Wakil Malaysia Ke Oscar [Review]

Prebet Sapu mengisahkan Aman yang datang ke KL dari Pahang untuk mencuba nasib mencari makan di kota tersebut. Berbekalkan kereta peninggalan arwah bapanya, beliau bekerja sebagai pemandu e-hailing. Namun kerana beliau tidak dapat lulus ujian memandu akibat buta warna, beliau terpaksa menggunakan cara-cara “alternatif” untuk memandu di bawah aplikasi e-hailing yang dinamakan Toompang.

Bella juga datang ke KL untuk mencuba nasib mencari makan di kota tersebut. Beliau sering menggunakan perkhidmatan e-hailing Aman sehingga beliau menjadi pelanggan tetap. Filem ini mengisahkan suka duka kehidupan mereka di kota metropolitan KL.

Ikuti kisah mereka dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran anda.

Prebet Sapu

Review

Admin memang dari awal lagi mengetahui bahawa filem Prebet Sapu merupakan filem indie, jadi admin boleh menjangkakan apa yang akan dihidangkan dalam filem ini. Jadi bagi mereka yang mengharapkan filem komersial yang banyak aksi, lawak jenakan dan hiburan memanjang, filem ini bukan untuk anda. Bagi anda yang gemar menonton filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, filem ini lebih kurang berada dalam genre yang sama.

Perkara pertama yang anda perasan jika menonton filem ini adalah ia ditayangkan dalam monokrom. Ia dibuat demikian untuk memberikan nilai astetik yang lebih berimpak di samping meletakkan penonton dalam kasut watak Aman yang buta warna. Sejujurnya ia memberikan satu vibe yang lebih “dark” kepada filem ini dan admin sukakannya. Sinimatografinya juga professional dan berkesan dalam menyampaikan perasaan yang hendak diluahkan filem ini. Pendek kata, bahagian teknikalnya sangat memuaskan dan sedia untuk sebuah filem yang hendak ke Oscar.

Teknik penceritaan dalam filem ini pula banyak menggunakan non verbal communication atau sesetengah orang memanggilnya show no tell di mana mesej yang nak disampaikan kebanyaknnya di ceritakan melalui visual, dan bukan perkataan. Sebagai contoh, daripada berkata “Hidup aku susah”, filem ini menghidangkan beberapa babak yang menunjukkan Aman terpaksa tidur di dalam kereta dan di kedai dobi kerana dihalau dari rumah sewa. Teknik ini lebih berimpak tinggi dalam penyampaian mesej, tetapi kalau tidak dibikin dengan bijak, penonton mungkin tidak faham mesejnya. Tetapi dalam filem Prebet Sapu, teknik ini digunakan dengan berkesan.

Ada beberapa reviewer yang admin lihat di internet yang memberi markah penuh untuk filem Prebet Sapu ini. Tetapi, admin kurang bersetuju kerana walaupun filem ini admin rasakan sebuah filem yang berkualiti dikalangan filem-filem tempatan, ia bukanlah sempurna. Jalan ceritanya kurang jelas dari segi mesej yang hendak disampaikan. Ia dilihat lebih mengenai kisah seharian dua watak yang mencuba nasib di KL serta cabaran yang dilalui. Ia tidak mempunyai satu tema khas yang memberi definasi kepada keseluruhan ceritanya. Dengan kata lain ia seperti anda menonton beberapa siri kisah Aman dan Bella disusun secara kronologi.

Secara keseluruhan, jika anda jenis penonton yang boleh menonton filem indie yang perlahan, filem ini antara filem tempatan terbaik dalam genre berkenaan. Ia bukan untuk semua, tetapi jika kena pada penonton yang betul, ia memang sebuah filem yang baik. Cuma pada pendapat admin ketiadaan satu jalan cerita utama yang kuat mungkin akan menghalangnya dari anugerah Oscar.

Positif vs Negatif

Positif

  • Sinematografi yang baik
  • Teknik penceritaan yang lebih engaging
  • Lakonan dan skrip yang bersahaja dan natural

Negatif

  • Ketiadaan jalan cerita utama yang kuat menyebabkan mesej utama filem ini kurang jelas

Prebet Sapu

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *