Admin tidak merancang untuk menonton siri TV Maid berterusan, memandangkan admin hanya melihatnya di muka depat aplikasi Netflix admin, namun tanpa admin sedar, admin telah menonton 4 episod semasa menulis review ini. Berikut merupakan pendapat admin mengenai mengapa admin “tersangkut” menonton siri ini.
Maid – Drama Pergolakan Ibu Tunggal yang Menarik [Review]
Maid mengisahkan Alex ibu kepada Maddy yang melarikan diri dari rumah teman lelakinya di tengah malam kerana satu pergaduhan dengannya. Alex yang tidak pernah bekerja dan hanya menjadi suri rumah bertekad untuk berdikari dan menjaga anaknya. Untuk itu beliau terpaksa bekerja menjadi seorang “Maid” atau tukang cuci rumah kerana itu sahaja kerja yang tersedia untuknya.
Ikutilah liku-liku kehidupan Alex dalam usahanya untuk berdikari demi anak perempuannya.
Review
Pertama sekali harus ditekankan bahawa siri ini merupakan sebuah drama kehidupan dan biasanya siri begini diminati kaum wanita dan suri rumah, namun jangan biarkan admin pendapat menghalang anda menontonnya kerana ia agak menarik juga tak kira siapa anda. Admin juga sampai “tersangkut” dibuatnya.
Siri ini mempunyai penampilan seperti filem/siri “indie” di mana ia mempunyai banyak babak yang memerlukan penghayatan kerana menggunakan lakonan “non verbal”. Sejujurnya admin suka babak sebegini kerana ia lebih membuka ruang untuk menghayati watak-watak dan persekitaran yang mereka lalui.
Apa yang unik dan menarik mengenai filem ini adalah bagaimana ia menerangkan perasaan watak-wataknya melalui grafik-grafik menarik. Sebagai contoh untuk menunjukkan perasaan kemiskinan yang dialami Alex, ada grafik menunjukkan pengurangan baki simpanannya setiap kali dia membeli sesuatu.
Satu lagi contoh adalah babak di mana sebelum memasuki persidangan mahkamah untuk merebut hak penjagaan anaknya, dia terpaksa mengisi pelbagai borang setebal buku teks. Beliau menyelak borang-borang tersebut dan bagi menggambarkan tekanan yang dihadapi Alex, tajuk borang-borang itu merupakan perkataan yang menjatuhkan semangat seperti “anda akan kalah”, “anda ibu yang teruk” dan sebagainya.
Lebih melucukan, dalam episod kedua ada cameo dari Taika Waititi yang menjadi peguam teman lelakinya. Bagi mengambarkan situasi di mana Alex langsung tak faham terma undang-undang yang digunakan dalam persidangan itu, semua perkataan teknikal undang-undang diganti dengan “legal”. Jadi skripnya lebih kurang macam ini “Your honour, my client wants legal, legal, legal ….”. Dengan kata lain, cara siri ini menggambarkan perasaan wataknya dalam babak-babak tertentu memang kreatif dan unik.
Admin baru habis menonton ke episod 4, tetapi apa yang admin dapat lihat adalah setiap watak baru yang Alex temui memberikannya satu pengajaran baru kepadanya yang kurang terdedah dengan dunia luar. Walaupun belum menonton habis siri Maid ini Admin merekoman peminat drama untuk menonton drama ini walaupun ia seperti sebuah siri Netflix “underated” (underated pun dapat nombor 3 di Netflix Malaysia minggu ni).
EDIT (TAMBAHAN): Admin baru sahaja menonton habis siri Maid ini dan pendapat admin kini jauh lebih positif berbanding sebelum ini. Siri ini memaparkan secara terperinci satu contoh kes Domestic Violence atau keganasan rumahtangga dari semua aspek. Ini termasuk peringkat-peringkat keganasan rumahtangga, punca-puncanya, apa yang membuatkannya lebih teruk, kelemahan dan kelebihan polisi dan bantuan kerajaan dan NGO terhadap mangsa, aspek perundangan dan pelbagai lagi aspek berkaitan pengalaman yang dilalu mangsa keganasan rumahtangga.
Cara penceritaannya juga sangat berkesan dengan tidak menjadikannya seperti sebuah dokumentari, sebaliknya membawa penonton mengalami sendiri kepayahan yang dialami Alex yang juga terpaksa membesarkan anaknya Maddy, di samping mengejar cita-citanya menyambung pembelajaran.
Namun, pada akhirnya Alex bernasib baik kerana pada penghujungnya, nasib menyebelahinya dan mendapat penyelesaian yang baik. Admin tak kisah kerana at the end of the day siri ini adalah fiksyen dan penonton lebih sukakan kesudahan yang positif.
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita menarik dan realistik kepada dunia realiti
- Watak-watak berkarisma
- Dialog yang kadang kala tidak diskrip.
Negatif
- Tidak semua orang minat drama yang tiada babak aksi
Penilaian
Jalan cerita – 8/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10
Nilai hiburan – 7/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set –7/10