Apollo 10 1/2 [Review]

Review: Apollo 10 1/2 (Netflix)

Genre: Animasi, komedi, naratif

Sesuai untuk: semua lapisan masyarakat

Sinopsis Apollo 10 1/2

Apollo 10 1/2 (disebut Apollo 10 and a half) mengisahkan seorang kanak-kanak sekolah bernama Stan yang diambil bekerja dengan NASA secara rahsia untuk menguji roket dan lunar module Apollo 10 yang dibina secara tidak sengaja lebih kecil dari spesifikasi dewasa.

Daripada membina roket dan luna module baharu, NASA mengambil keputusan menguji keseluruhan pendaratan bulan dengan bantuan Stan sebagai angkasawan sebelum pendaratan sebenar bersama pasukan Niel Amstrong setahun kemudian. Ikuti kisah beliau dalam filem animasi ini di Netflix.

Apollo 10 1/2

Review

Walaupun filem animasi ini mengisahkan misi rahsia NASA bersama angkasawan cilik bernama Stan, ia sebenarnya hanya 10% dari filem ini. Sebahagian besar filem ini merupakan naratif Stan yang telah dewasa, menceritakan mengenai pengalamannya membesar dalam tahun 60an di mana program angkasa NASA rancak berlangsung di Texas.

Apa yang diceritakan, walaupun mengenai tahun 60an, admin sebagai seorang yang membesar dalam tahun 90an juga berasa releven. Cara penceritaan Jack Black (suara latar Stan yang telah dewasa) yang memberi naratif kepada filem ini memang mengundang nostalgia. Jelas sekali membesar dalam tahun 60an di US mempunyai banyak persamaan dengan tahun 90an di Malaysia. Banyak tabiat remaja tahun 60an di Amrika mengingatkan admin pengalaman membesar dalam sebuah keluarga besar, sama seperti keluarga Stan.

Filem ini juga mengingatkan kembali kepada penonton, perkara-perkara yang menjadikan program angkasa US, suatu program yang berjaya membentuk generasi mudanya untuk terus meminati bidang sains angkasa serta membangunkan industri tersebut supaya terus lestari. Sebenarnya admin rasa ini adalah tujuan utamanya, bukan untuk menceritakan cerita dongeng Stan ke angkasa menggunakan kapal angkasa Apollo 10 1/2.

Setelah menonton keseluruhan filem ini, admin dapati filem ini bukan untuk semua. Ia sebuah animasi yang lebih menonjol kepada golongan yang lebih lanjut usianya untuk mengenang kembali zaman-zaman kegemilangan kanak-kanak mereka. Admin rasakan golongan millenial dan seterusnya sukar untuk merasa releven menonton filem ini. Tapi sesiapa sahaja boleh menonton jika mereka mahu.

Penilaian: 7/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.