Review: The Head (HBO Go – Astro)
Genre: Slasher/penyiasatan
Sesuai untuk: mereka yang gemarkan filem penyiasatan
Sinopsis The Head
The Head mengisahkan sekumpulan saintis pelbagai nergara bersama krew yang berada di sebuah stesen kajian di Antartika untuk menjalankan kajian sains. Kisah mereka bermula pada hari terakhir adanya cahaya matahari di Antartika, di mana selepas hari itu tiada lagi cahaya matahari yang dapat dilihat sepanjang 6 bulan. Beberapa minggu sebelum matahari mula memperlihatkan dirinya semula, semua komunikasi ke stesten berkenaan terputus.
Sepasukan krew yang terdiri dari ketua pasukan saintis, Johan Berg, doktor dan krew sokongan dihantar ke stesen milik Denmark itu dan mendapati ia telah ditutup dari dalam. Setelah mereka berjaya masuk ke stesen berkenaan, didapati mayat-mayat saintis dan ahli pasukan bergelimpangan di pelbagai tempat di dalam pangkalan itu. Hanya seorang sahaja yang selamat setakat itu, doktor untuk pasukan saintis berkenaan.
Apakah yang telah terjadi? Tontonlah siri 6 episod ini di HBO Go Astro untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Entah kenapa admin semakin meminati siri/kandungan dengan genre penyiastan sejak kebelakangan ini. Siri The Head tidak terkecuali. Pandangan pertama admin, siri ini dari segi teknikalnya, berkualiti tinggi di mana sinematografi, props, lokasi dan efek khas semuanya bermutu tinggi (kecuali beberapa animasi CGI kapal terbang yang agak mengecewakan).
Siri ini mengikuti Johan Berg yang menyoal siasat Dr Maggi yang merupakan satu-satunya orang yang dijumpai hidup di stesen itu. Sebahagian besar siri ini adalah flashback tentang apa yang telah berlaku menurut orang yang disoalsiasat Johan Berg dalam usaha untuk menyiasat siapakah pembunuh di kalangan pasaukan saintis berkenaan.
Secara ringkas, siri HBO Go yang berformat seperti permainan video “Among Us” di mana kita perlu mencari pembunuh dikalangan watak-watak yang ada. Satu demi satu watak-watak dibunuh tanpa mengetahui siapa pembunuhnya. Plotnya serta jalan ceritanya menarik serta sukar dijangka, pacingnya memang sempurna dan plot twist di bahagian akhir memang satu kejutan yang tidak dijangka.
Setiap episod penuh dengan jawapan dan persoalan baharu mengenai misterinya, namun siri ini membolehkan anda berhenti rehat sebelum menonton episod berikutnya. Sesetengah siri TV mendorong anda menonton episod berikutnya terus menerus, tetapi bukan siri ini.
Admin memang enjoy menonton dan memikirkan siapa identiti pembunuh tetapi sukar untuk mengecam dengan yakin siapa pembunuh berkenaan kecuali selepas didedahkan pelbagai bukti di penghujung episod akhir filem ini. Tontonlah siri ini di HBO Go jika anda peminat filem penyiasatan. Anda tidak akan menyesal.