Archive 81 [Review]

Review: Archive 81 (Netflix)

Genre: Siri TV Seram

Sesuai untuk: Mereka yang meminati siri seram misteri

Sinopsis Archive 81

Archive 81 mengisahkan Dan Turner, seorang pakar pemulihara filem lama bebas yang diupah oleh satu organisasi misteri untuk memulihara satu set video dari zaman 90an yang merupakan rakaman yang hampir musnah dalam kebakaran di satu bangunan dan dirakam oleh seorang bernama Melody. Pelbagai perkara misteri berlaku kepada Dan semasa memulihara video tersebut yang berkaitan dengan kisah silamnya. Tontonlah siri ini di Netflix untuk mengetahui kesudahan siri ini.

Archive 81

Review

Archive 81 merupakan filem seram yang sebahagian besarnya dibentangkan dengan gaya “found footage” ala Blair Witch Project. Namun, ia bukan dibuat dalam format itu sepenuhnya. Kisah utamanya berlangsung pada zaman sekarang dan misteri yang terdapat dalam pita video yang dipulihara menceritakan kisah yang berlaku pada tahun 90an.

Filem ini berlainan sedikit dari filem seram yang pernah admin tonton kerana siri ini bukan mengisahkan tentang hantu, sebaliknya misterinya berkaitan satu kultus yang beroperasi dalam bangunan apartmen yang disiasat Melody, iaitu perakam pita rakaman yang dipulihara Dan. Keseraman dalam filem ini datangnya daripada ketidaktahuan penonton terhadap apa untuk dijangka.

Setiap episod memberi satu kejutan yang tidak dijangka dan penonton sentiasa tertanya-tanya adakah punca keseraman itu hantu, makhluk asing atau Dan Turner sebenarnya sudah jadi gila? Sungguhpun misterinya sentiasa menebal, kesudahannya bagi admin kurang memuaskan. Admin merasa kerana siri ini membuat laluan dalam jalan ceritanya untuk musim kedua. Ini menyebabkan kesudahannya tidaklah menjawab misteri dengan sepenuhnya.

Dari segi kualiti produksi pula, semuanya pada tahap yang memuaskan dan selari dengan kualiti siri-siri TV di Netflix dan ia tidaklah terlampau bergantung kepada CGI dalam produksinya. Secara keseluruhan siri ini adalah sebuah siri yang mengetengahkan satu idea yang baru yang agak seram, namun kesudahan untuk musim pertama ini agak tidak memuaskan bagi admin, walaupun sepanjang episod-episod sebelumnya, ia menarik dan sentiasa menarik admin untuk menonton episod berikutnya. Tontonlah siri ini jika anda peminat siri tv seram/misteri.

Penilaian: 8/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *