In the Shadow of the Moon [Review]

Review: In The Shadow of The Moon (Netflix)

Genre: Misteri/penyiasatan

Sesuai untuk: Mereka yang menggemari filem misteri dan filem yang berat

In the Shadow of the Moon

Sinopsis In the Shadow of the Moon

Pada tahun 1988 seorang pegawai polis muda yang bercita-cita menjadi detektif bersemuka dengan satu siri kes pembunuhan aneh yang dilakukan oleh seorang pembunuh aneh dan kemudian beliau mendapati pembunuh itu muncul setiap 9 tahun. Siapakah pembunuh itu dan kenapa beliau muncul setiap 9 tahun? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Filem ini ternyata sebuah filem misteri kegemaran admin kerana jalan cerita dan plot twist dalamnya yang sukar dijangka. Tapi sebelum itu admin ingin menyatakan perkara yang admin suka mengenai filem ini.

Pertama, admin suka bagaimana filem ini menggambarkan zaman 80an, 90an dan awal 2000an yang boleh dikatakan sangat tepat. Dari teknologi komunikasi hingga ke rekabentuk kereta, filem ini menampilkan prop dan set yang dibikin dengan begitu baik. Malah watak-watak utama dalam filem ini ditampilkan dengan begitu baik menurut umur dan zaman mereka.

Jalan ceritanya juga sangat bermakna kepada penonton. Walupun pada mulanya filem ini merupakan filem penyiasatan yang hardcore. Lama kelamaan penonton akan menyedari bahawa mesej utama dalam filem ini merupakan sebuah mesej kekeluargaan, penyesalan dan kembali ke pangkal jalan. Memang admin tidak jangka ia akan berakhir begitu.

Jalan ceritanya sedikit berat, walaupun bagi peminat filem penyiasatan. Namun tidaklah seberat filem Death on the River Nile, siri TV Sherlock Holmes dan yang seangkatan dengannya. Penonton perlu mengambil fakta-fakta yang ditemui pada setiap zaman kemunculan pembunuh tersebut dan menghadamnya untuk membuat kesimpulan mereka mengenai siapakah identiti pembunuh itu dan kenapa beliau muncul 9 tahun sekali.

Walaubagaimanapun kesudahan filem ini mungkin akan mengecewakan sesetengah pihak kerana kesudahannya menampakkan misteri filem ini tidaklah berapa hebat pun, namun bagi admin ia ok untuk sebuah filem Netflix. Apa pun, filem ini berbaloi untuk ditonton di Netflix, cuma pastikan ada dalam keadaan yang boleh fokus kepada filem ini.

Penilaian: 7/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.