Uncharted [Review]

Review: Uncharted

Genre: Adventure/Aksi

Sesuai untuk: Semua lapisan masyarakat

Uncharted

Sinopsis Uncharted

Nathan Drake dan abangnya Sam Drake merupakan anak yatim yang gemarkan pengembaraan mencari harta karun. Semasa mereka remaja, mereka terlibat dalam satu cubaan mencuri artifak di sebuah muzium. Abangnya mereka ditangkap, namun hanya abangnya Sam yang akan didakwa. Sebelum ditangkap polis, Sam melarikan diri dari rumah anak yatim dan berjanji akan kembali mencari Drake.

15 tahun kemudian, Victor Sullivan, seorang pencari harta karun menjemput Nathan untuk mencari harta karun berupa emas dalam kapai Ferdinand Magellan, seorang pengembara laut Portugis zaman dahulu. Victor mempergunakan nama abangnya Sam Drake untuk meyakinkan  Nathan untuk membantunya mencari harta karun tersebut. Bermulalah pengembaraan mereka.

Review

Admin bukan seorang pemain permainan video Uncharted, jadi review admin ini berdasarkan admin sebagai seorang peminat filem, bukan permainan video tersebut. Bagi admin, admin telah menonton pelbagai adaptasi permainan video, tetapi filem yang berbentuk pengembaraan seperti Tomb Raider setakat ini belum memuaskan bagi admin.

Secara umumnya filem Uncharted ini menampilkan watak-watak yang berkarisma. Watak Nathan dan Victor mempunyai chemistry yang agak baik, namun watak Chloe sedikit kurang “ngam” dalam jalan ceritanya. Watak Santiago Moncada lakonan Antonio Banderas yang admin jangkakan menjadi watak dominen berdasarkan reputasi dan senoriti beliau dalam bidang lakonan nyata meleset kerana beliau boleh dikatakan watak sampingan. Jalan cerita dan “puzzle” yang ditampilkan dalam filem ini tidaklah terlalu berat dan lebih memfokuskan kepada hiburan dan bukan untuk memerah otak.

Babak aksi dalam filem ini juga tidak kurang hebatnya. Ia bukan sebuah filem aksi murahan dan kerana itu, koreografi aksinya dibuat dengan baik dan penuh dramatik serta menggunakan segala bajet yang tersedia kepadanya dengan baik. Tetapi terdapat sedikit kelemahan, paling ketara ialah babak-babak dalam kapal terbang dan helikopter tidak sebising dalam realiti. Babak dalam kapal terbang terlalu senyap dan stabil tanpa tiupan angin kencang yang selalu dijangkakan dalam penerbangan.

Filem Uncharted memang sangat menghiburkan selagi anda tidak mempunyai harapan tinggi yang tidak munasabah terhadapnya. Ia menghiburkan, namun tidaklah luarbiasa dan admin tidaklah terasa mahu menontonnya kali kedua.

Penilaian: 7/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *