Escape Room Tournament of Champions – Filem Survival Yang Ringkas [Review]

Escape Room Tournament of Champions merupakan sequel kepada filem survival Escape Room yang ditayangkan pada tahun 2019 lalu. Tidaklah tertunggu-tunggu sangat untuk menonton filem ini, namun memandangkan ia sudah mula ditayangkan, admin pun menontonnya. Berikut pendapat admin mengenai filem ini.

Escape Room Tournament of Champions – Filem Survival Yang Ringkas [Review]

Setelah terselamat dari Escape Room pertama, Zoe dan Ben pergi ke New York untuk menyiasat satu bangunan yang mereka percaya merupakan tapak Escape Room baru oleh syarikat Minos. Mereka ingin mencari bukti bagi menjatuhkan syarikat itu.

Namun, setiba mereka di lokasi bangunan tersebut, mereka mendapat kejutan yang tidak dijangka. Apakah kejutan tersebut? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Filem Escape Room Tournament of Champions bermula dengan babak-babak awalan yang agak membazir sebenarnya. Babak Zoey dalam temujanji dengan doktor psikoterapi adalah penting dan menunjukkan situasi mental yang dialami Zoey pada ketika itu. Namun babak perjalanan mereka ke selama beberapa hari dari bandar mereka ke New York tidak diisi dengan konten yang bermanfaat.

Babak survival bermula dengan drastik dan penonton tidak sempat bersedia. Semua watak utama filem ini pernah mengalami pengalaman Escape Room tetapi admin agak kecewa kerana watak-watak tersebut tidak mempunyai perwatakan yang unik, atau mungkin watak unik merek tidak ditonjolkan dengan baik. Semua mereka seolah-olah watak generik yang tidak mempunyai konflik dengan watak utama yang lain.

Mungkin itulah yang membuatkan filem ini hambar, iaitu tiada drama atau konflik antara ahli kumpulan peserta seperti dalam filem survival lain. Semua watak saling bekerjasama dengan baik tanpa sebarang drama serious.

Puzzle dalam sesi Escape Room kali ini agak “straight forward” dan walaupun bijak, tidak begitu mengujakan. Menonton peserta-peserta cuba mengatasi puzzle tersebut memang mendebarkan, namun outcome puzzle tersebut dapat dijangka. Namun, mungkin plot twist di bahagian hujung-hujung tidak dijangka di mana “kematian” dalam puzzle tersebut tidak seperti semua jangkakan mereka selama ini.

Secara keseluruhan, walaupun puzzle yang dilalui dalam filem ini agak mendebarkan, namun kekurangan jalan cerita yang memberangsangkan serta durasi tayangan kurang dari 1 jam 30 minit sedikit mengekang filem dan mungkin juga francais ini pergi jauh. Zoe dan Ben tidak sedikit pun hampir untuk menjatuihkan Minos. Ia seolah menonton satu episod dari sebuah siri TV dan setelah admin habis menonton filem ini, admin dapat rasakan akan ada lebih dari satu lagi sequel seperti ini yang akan diterbitkan sebelum Minos dapat dijatuhkan. Dan apabila terlalu banyak sequel yang lebih kurang sama, acara Escape Room akan menjadi rutin, boleh dijangka dan membosankan.

Dengan kata lain, daripada pemerhatian admin, kalau tiada perubahan dari segi penulis atau pengarah, francais ini mungkin akan menjadi satu francais yang berjela-jela dan dilupakan.

Positif vs Negatif

Positif

  • Plot twist yang menarik
  • Puzzle yang menduga minda

Negatif

  • Jalan cerita yang kurang memberangsangkan dan tidak banyak mengenai Minos
  • Durasi filem yang pendek
  • Watak-watak yang kurang berkarisma

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –6/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set –7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *