Apabila bercakap mengenai Frank Grillo (watak utama bernama Roy dalam filem Boss Level ini), peminat filem biasanya akan mengaitkan beliau dengan filem aksi bajet yang tidak ternama dan bukan filem-filem yang layak mendapat kejayaan di box office. Namun sebagai watak utama dalam filem Boss Level, tanggapan itu kurang tepat. Pertama sekali filem ini dibintangi oleh ramai bintang veteran seperti Mel Gibson, Naomi Watts dan Michelle Yeoh. Tambahan pula, bertentangan dengan tanggapan orang, filem ini bukan filem aksi sampah. Berikut penjelasan admin.
Boss Level – Filem Aksi Bukan Sampah [Review]
Filem Boss Level mengisahkan Roy yang terperangkap dalam satu putaran maut di mana sejurus setelah beliau bangun dari tidur, beliau didatangi pembunuh-pembunuh upahan yang mahu membunuhnya dan apabila mereka berjaya membunuhnya, hari beliau akan mula semula seperti sebuah permainan video. Begitulah hidupnya yang berulang-ulang dengan sama sejak 3 bulan lalu.
Namun setelah beliau mula memecah rutin harian, beliau mula menyedari perkara sebenar mengenai keadaannya. Untuk mengetahui kesudahan filem ini, tontonlah ia di HBO Go di Astro.
Review
Filem ini dikategorikan sebagai filem aksi komedi gelap dan ia bagi admin execution filem ini agak menjadi. Filem ini diceritakan secara ulasan watak utama, sambil filem ini dibentangkan. Ia bermula 3 bulan setelah situasi ulangan itu bermula pada Ray. Pada masa itu, Roy telah membiasakan diri dengan keadaan itu dan boleh menghafal apa yang berlaku seterusnya. Itulah yang membuatkan filem ini lucu.
Tetapi pada masa yang sama oleh kerana watak beliau telah membiasakan diri dengan pelbagai cara kematian, ia seolah-olah menormalisasikan keganasan dan pembunuhan kejam.
Bercakap mengenai aksi, ia menghidangkan aksi-aksi standard yang boleh dilihat dalam mana-mana filem aksi seperti tembak-menembak, adegan kejar-mengejar dengan kereta, berlawan, letupan dan aksi lawan pedang, diiringi CGI yang agak banyak dalam babak-babak aksi tersebut. Kualiti CGInya OK tetapi bukanlah yang terbaik di pasaran. Cukuplah untuk tidak nampak janggal dan menggambarkan situasi dengan baik.
Jalan ceritanya juga ringkas dan tidak terlalu berat. Walaupun ada perincian filem ini yang perlu ditangkap dan diingati sebelum hari Roy bermula semula, namun butiran tersebut tidaklah sukar untuk difahami atau diingati. Isi kandungan filem ini juga pebagai dan tidak membosankan, berlainan dari jangkaan admin yang menjangkakan filem ini pasti boleh diagak.
Secara ringkasi, jika anda tidak meletakkan satu harapan yang tinggi kepada filem ini dan hanya tontonnya sebagai hiburan semata-mata, anda pasti terhibur. Ia menarik, lucu dan penuh aksi. Tambahan pula ia dilakonkan pelakon hebat, jadi lakonan bukan satu isu. Ia tidak mungkin akan menang apa-apa anugerah, tetapi ia sangat menghiburkan.
Positif vs Negatif
Positif
- Tema permainan video yang menarik
- Jalan cerita yang ringkas dan sangat lucu
- Pelakon yang berkaliber
- Aksi yang mendebarkan…dan lucu
Negatif
- Tiada jalan cerita sci-fi yang kompleks atau menduga minda, jika itu yang ada cari.
- Anda boleh nampak filem ini tidaklah mempunyai bajet yang sebesar filem Holywood kategori atasan.
Penilaian
Jalan cerita – 7/10
Lakonan/Rekaan watak-watak –8/10
Nilai hiburan – 8/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set –7/10