Sinkhole – Filem Malapetaka Yang Lucu dan Menyentuh Hati [Review]

Berlainan dari Dune, filem Sinkhole bukanlah sebuah filem yang admin tunggu-tunggu, namun kehadiran Lee Kwang-soo dalam barisan para pelakonnya menyebabkan admin ingin tahu mengenai filem ini. Admin pun pergi menontonnya beberapa hari lalu dan berikut merupakan pendapat admin mengenainya.

Sinkhole – Filem Malapetaka Yang Lucu dan Menyentuh Hati [Review]

Sinkhole mengisahkan penduduk sebuah apartmen yang mana apartmen mereka telah ditelan bumi akibat kejadian lubang benam atau sinkhole. Para penduduk bertarung nyawa untuk bertahan sebelum pertolongan dapat diberikan dari pihak penyelamat. Tontonlah filem yang mendebarkan ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Pertama sekali, skala malapetaka dalam filem ini bukanlah pada sekala seperti filem malapetaka San Andreas atau 2012, sebaliknya ia hanya berlaku pada satu bangunan apartmen sahaja. Jadi ia tidaklah sebesar yang admin jangkakan pada awalnya. Dengan kata lain, malapetakanya pada skala kecil sahaja. Namun begitu, ia tidak kurang hebatnya.

Sebenarnya, filem ini pada asasnya adalah sebuah filem komedi. 45 minit pertama dipenuhi jenaka yang melucukan dan dengan adanya Lee Kwang-soo, lawak jenakanya pasti lucu. Pada pendapat admin ini dilakukan untuk mendekatkan lagi penonton kepada watak-watak filem ini. Malah setelah kejadian lubang benam berlaku, lawak jenaka tidak terhenti dan babak-babak genting pun kelihatan menghiburkan. Tetapi pada masa yang sama, babak-babak genting itu masih lagi mendebarkan, walaupun lucu.

Tetapi, babak paling genting dan menyentuh hati berlaku dalam 30 minit terakhir. Setelah para watak-watak utama sudah bersemat di hati penonton, babak-babak menyentuh hati ini benar-benar memberi impaknya dan pengakhirannya memang dirasai penonton-penonton. Memang meriah betul panggung wayang walaupun hanya terdapat dua atau tiga baris penonton.

Sinkhole

Dari segi produksi pula, umum mengetahui bahawa filem malapetaka sebegini sangat sukar dibikin, namun krew produksi kali ini berjaya mewujudkan set penggambaran yang meyakinkan dan menyumbang kepada realism keseluruhan filem ini. Admin memang tabik hormat kepada krew produksi yang berjaya menghidupkan set sebuah bangunan yang telah tenggelam ke dalam lubang benam.

Secara keseluruhannya, filem Sinkhole merupakan sebuah filem Korea yang menghiburkan dan mendebarkan pada masa yang sama, walaupun pada sesetengah babak logik perlu diabaikan. Namun, jalan ceritanya agak ringkas dan tidaklah deep sangat. Ia cuma sebuah filem untuk hiburan semata-mata. Ia tidak berat dan dipenuhi lawak jenaka yang melucukan serta aksi-aksi yang mendebarkan, serta kesudahan yang menyentuh hati. Tontonlah bersama rakan untuk kesan hiburan yang maksima.

Sinkhole

Positif vs Negatif

Positif

  • Dipenuhi lawak jenaka yang lucu dan aksi yang mendebarkan
  • Watak-watak yang berkarisma
  • Jalan cerita yang ringan dan mudah dihadam

Negatif

  • Sesetengah babak memerlukan logik diketepikan
  • Jalan cerita bukanlah jenis yang boleh menang Oscar

Sinkhole

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –8/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set –8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *