Eternals – Adiwira Yang Kurang Memberangsangkan [Review]

Eternals merupakan salah satu filem Marvel yang admin tidak nanti-nantikan kerana latarbelakang adiwiranya tidak begitu menarik bagi admin. Namun admin tetap menontonnya dan berikut pendapat admin mengenainya.

Eternals – Adiwira Yang Kurang Memberangsangkan [Review]

Eternals mengisahkan sekumpulan makhluk immortal yang dihantar ke bumi untuk mempertahankan penduduk bumi daripada makhluk bernama deviants sejak beribu-ribu tahun lalu. Namun setelah berjaya menghapuskan deviants, mereka berpecah dan menjalankan kehidupan masing-masing.

Pada zaman sekarang, makhluk deviants membuat kemunculan semula dan kini menyerang Eternals satu per satu. Apa yang sedang dilakukan mereka? Tontonlah filem ini untuk mengetahuinya.

Review

Sekilas pandang, filem Eternals ini tidak terasa seperti sebuah filem Marvels. mungkin kerana tugas mereka bukan untuk mempertahankan manusia secara langsung, sebaliknya menghapuskan makhluk deviants. Oleh sebab itu, hubungan mereka dengan manusia tidak secara terus. Malah ada kalanya admin terlupa admin sedang menonton sebuah filem Marvel sehingga terdapat dialog membincangkan mengenai watak-watak Avengers.

Admin juga sukar untuk membayangkan watak-watak eternals berganding bahu dengan watak Marvel lain kerana dunia Eternals pada satu skala lain. Malah watak Celestial begitu besar sehingga tangannya sahaja sudah mampu menghancurkan bumi.

Dari segi aksi, watak dan kesan khas, filem ini sememangnya tidak menghampakan dan meyajikan persembahan yang menghuburkan, cuma mungkin skripnya kadang-kadang tidak kena dan sesetengah lawaknya tidak begitu kelakar.

 

Admin tahu, ramai dari luar negara dan dalam negara yang memberi komen negatif mengenai filem ini, namun pada pendapat admin, masalah sebenar filem ini adalah masalah identiti. Pada pendapat admin, ia tidak masuk begitu baik ke dalam MCU kerana skalanya yang tidak sama dengan kebanyakan watak MCU lain.

Mungkin sebab inilah filem Eternals walaupun mempunyai aksi dan jalan cerita yang agak menarik, terasa kekurangan sesuatu yang sukar dijelaskan.

Eternals

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang mudah difahami
  • Watak-watak yang menarik
  • babak aksi dan kesan khas yang bermutu

Negatif

  • ada sesuatu yang tidak kena mengenai filem ini yang sukar dijelaskan
  • Skrip yang kadang kala menghampakan

Eternals

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –8/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set –8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *