Army of Thieves – Lebih Baik dari Army of the Dead [Review]

Sebenarnya admin tidak menyangka akan terdapat satu prequel kepada Army of the Dead, apatah lagi ia mengenai watak yang paling tidak disangka iaitu Ludwig Dieter. Tetapi, apa pun admin sangat berminat mengenai apa yang akan dicerita di dalam filem Army of Thieves,  jadi admin pun menonton filem ini di Netflix. Berikut pendapat admin mengenainya.

Army of Thieves – Lebih Baik dari Army of the Dead [Review]

Army of Thieves adalah filem spin-off Army of the Dead yang mengisahkan Sebastian (atau lebih dikenali sebagai Ludwig Dieter dalam filem asal), seorang juruwang di sebuah bank di Jerman. Beliau menjalani kehidupan yang bosan dan berulang-ulang. Tetapi kelebihan beliau adalah beliau memang seorang pakar memecah masuk peti keselamatan serta mengetahui banyak perkara mengenai sejarah bidang membuat peti keselamatan.

Satu hari beliau dijemput ke satu pertandingan memecah masuk peti keselamatan di mana beliau menang. Selepas itu beliau dihampiri seorang wanita bernama Gwendoline yang mengajaknya menyertai pasukannya untuk projek memecah masuk satu siri 3 peti besi lagenda yang dibuat oleh pembuat peti besi legenda bernama Hans Wagner.

Sebastian pun teruja mendengar pelan ini dan terus bersetuju. Dapatkah beliau memecah masuk peti-peti keselamatan tersebut? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Pandangan pertama admin mengenai filem ini adalah tema lucu dan ceria yang dibawa Army of the Dead dibawa masuk juga ke dalam Army of Thieves, namun dalam kuantiti yang lebih munasabah. Filem ini menggunakan tema lucu dan cerianya dengan lebih matang, menjadikannya lebih seronok ditonton dan pada masa yang sama mempunyai isi kandungan yang boleh dihadam oleh golongan penonton yang lebih serious. Dengan kata lain, filem ini tidak banyak lawak slapstick.

Army of Thieves

Filem ini juga tidak menyentuh mengenai zombie kecuali di latarbelakang seperti dalam berita di TV. Ini membolehkan penonton melupakan dahulu mengenai zombie dan memberi fokus kepada satu genre heist yang sebenar, bukan heist berlatarbelakangkan zombie. Ini tentunya lebih menyeronokkan dan masuk akal berbanding Army of the Dead.

Pilihan pelakon kepada watak-watak filem ini juga dibuat dengan tepat. Semuanya sesuai dengan watak yang diberi, kecuali watak Rolph yang admin rasa kurang sesuai sedikit dengan pelakonnya. Tapi itu hanya pendapat admin. Mungkin anda sukakan wataknya.

Filem ini juga menggunakan lebih banyak kesan khas praktikal berbanding CGI. CGI memang masih ada, cuma tidak sebanyak Army of the Dead. perkara ini menjadikan filem ini lebih seronok ditonton dan kebolehpercayaannya lebih tinggi berbanding filem asal. Ia umpama menonton sebuah filem Jackie Chan klasik (yang tidak banyak guna CGI).

Secara keseluruhan filem Army of Thieves adalah sebauh filem yang komedi, adventure, heist yang mempunyai lawak yang matang dan jalan cerita yang menarik serta tidak memperbodohkan penontonnya. Ia sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan bagi penonton Army of the Dead, beberapa persoalan dalam filem tersebut akan terjawab dalam filem ini.

Diharap ada sebuah lagi filem spin off yang menerangkan mengenai mayat pasukan pencuri yang dijumpai pasukan tersebut ketika memasuki kawasan peti keselamatan dalam filem Army of the Dead.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang menarik serta lawak jenaka yang matang
  • Watak-watak yang berkarisma
  • Kesinambungan ke Army of the Dead yang begitu sempurna

Negatif

  • Tidak banyak perkara negatif bopleh dikatakan mengenainya

Army of Thieves

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –9/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set –8/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *